CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2386|Reply: 7

Alicia Amin Kata LGBT Boleh Derma Darah Dengan Cara Menipu - Naikkan Kemarahan N

[Copy link]
Post time 8-8-2018 10:53 AM | Show all posts |Read mode






Masih lagi dengan isu Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT) yang tidak berkesudahan, nampaknya satu persatu sikap keterbukaan golongan ini perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia. Namun, isu kali ini ditimbulkan oleh mereka yang menjadi penyokong komuniti ini iaitu Alicia Amin, peserta Asia Next Top Model 5.


Dalam Tweetnya yang menimbulkan kemarahan ramai netizen, kerana dia seolah-olah menyokong golongan LGBT menderma darah dengan cara menipu status mereka sendiri.





Kredit foto: Twitter




Biarpun Alicia kemudiannya meminta maaf kerana Tweetnya di salah erti, namun dia menggunakan perkataan boleh menderma darah bukannya wajib berbuat demikian. Namun, ia tetap menimbulkan kemarahan netizen kerana Alicia mendorong LGBT menderma darah dengan cara menipu.






"Sedangkan nak beli baju pun kita nak yang bersih, ini kan pula darah yang memasuki badan."





Ya! Jika Alicia menyokong komuniti ini sekalipun, jangan mendorong mereka ke arah yang lebih menyusahkan.





Kredit foto: Google




"Jangan jadi bodoh! Orang yang kendalikan proses derma darah pun boleh terkena HIV ini."






Kredit foto: Google





Hingga ada netizen yang meminta nasihat daripada doktor di Twitter.








Selepas isu pondan masuk surau perempuan dan bilik air, nampaknya golongan LGBT ini tidak bersendirian, mereka disokong oleh puak liberal yang mahukan pelbagai hak asasi mereka diperjuangkan.



Namun, isu derma darah dengan menipu status sangat berbahaya bagi orang yang menerima darah tersebut. Fahaman songsang seperti ini perlu dibanteras dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersatu bagi mengekang permintaan mengarut ini dari tersebar luas hingga menyusahkan generasi akan datang. - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2018 10:58 AM | Show all posts
Kalau dah niat nak menderma darah tu ikhlas jadi kenalah juga ikhlas berikan maklumat yang diperlukan.  Bukan petugas pusat derma darah tu nak bocorkan rahsia peribadi mereka pun.  
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Pls dont derma darah bagi org yg ada high risk behaviour...hiv, hep b, hep c sifilis and all virus/bacteria ada window period. Window period ni sbb level virus/bakteria ni bwh detection level and lab cannot detect yg dia ada dlm bdn..

Kena la selalu igt yg pesakit perlukan darah ni betul2 nak survive. Ada juga pesakit yg dependent pd blood transfusion mcm thallasemia yg kena transfuse sekali sebulan..2 x sebulan etc .

Bygkan situasi ni..ada anak kecil kena thallasemia...blood transfusion dependant..every month mak ayah dtg check up anak..pastikan anak dpt blood transfuse..doktor nurse n lab person pon know about this patient ..jage dari kecil sampai la umur 11..12 tahun..semua org try dptkan blood yg suitable utk dia..mkn ubat and go thru a lot of procedure..mak ayah tak tido mlm pastikan anak sihat ...

And one time..tetiba ada org derma darah
.high risk behaviour...tipu waktu screening  donor .... happily derma darah..hiv level too low to detect..bila screening all neg..and blood tadi tranfuse to pesakit..

Sedih sgt rasa..sedih dan marah.seriusly marah sbb pesakit yg dr kecik tadi kita jage...sampai besar..tetiba ada one person yg tak responsible..
End up pesakit yg dijage ni kena infection lain..



Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 11:31 AM | Show all posts
tak heran la kalau dia ni sokong LGBT tu..cara hidup dengan gaya pon xmacam orang islam dah
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 11:56 AM | Show all posts
pada aku, tak kesah kalau ko gay pondan mongdan bagai tu.. tp kalau ada hiv bagai, jangan la derma darah.. jgn berperangai setannnn... udah la hidop tunggang langgang.. pastu nk sebarkan penyakit pulaaaa..

sbb aku ada pengalaman jmp org yg dia ada hiv.. pastu niat jahat nk balas dendam ke pmpuan lain dgn sebarkan hiv.. sgt tak baik berperangai sebegitu.. very the psaiko..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 12:43 PM | Show all posts
pasal masyarakat tak kisah la puak2 ni membiak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2018 02:30 PM | Show all posts
LostStar replied at 8-8-2018 03:56 AM
pada aku, tak kesah kalau ko gay pondan mongdan bagai tu.. tp kalau ada hiv bagai, jangan la derma d ...

HIV patient yang sengaja derma darah, selepas screening darah & kantoi, beliau boleh didakwa di mahkamah.

Takde lagi yang HIV positive sengaja acah-acah innocent nak derma darah. Yang kantoi, biasanya mereka yang berisiko & then live in denial. Bila pusat darah call & maklumkan tentang result positive, mula la acah-acah terperanjat.

Padahal, sengaja je nak buat free blood test.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2018 07:50 AM | Show all posts
sembang lebih... cuba kasi darah tu kat dia.. nak ke tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.060281 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list