Mungkin ini merupakan kafe pertama yang berkonsepkan seperti berada di dalam rumah ais, Cafe Ice semakin viral.
Kafe yang terletak di Lebuh Victoria, 10300 Penang ini sudah pasti menjanjikan keunikan pada sesiapa yang datang ke sini.
Sebenarnya Ice Cafe ini terletak berdekatan dengan Magic World Phantamania. Kafe ini membawa para pengunjung untuk santai dan rileks bersama keluarga dengan suhu yang sejuk seolah-olah berada di Kutub Utara.
Kecantikan hiasan dalaman yang mempunyai ciri-ciri ais kiub dan salji sudah pasti membuatkan anda teruja untuk mengambil gambar bersama rakan ataupun keluarga.
Jom lihat keunikan deko yang ada di dalam Cafe Ice ini yang rare dan tersendiri. Tiada lagi kafe di Malaysia yang macam ni.
Banyak juga menu-menu yang menarik di sini. Yang pasti semua menunya berkonsepkan makanan sejuk seperti aiskrim dan juga kek. Jom lihat menu-menu best di sini.
|