CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3250|Reply: 34

Tun M Mahu Naikkan Harga Air Ke Singapura 10 Kali Ganda

[Copy link]
Post time 14-8-2018 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hasratnya untuk menyemak semula perjanjian air antara Malaysia dan Singapura dalam wawancara bersama Associated Press (AP), semalam.




Kredit foto: The Sun Daily




Dr Mahathir bercadang menaikkan harga air mentah yang dijual kepada Singapura sehingga lebih sepuluh kali ganda memandangkan Malaysia kini 'dihimpit' hutang besar.


Malaysia, hari ini menjual air mentah kepada Singapura pada harga 3 sen untuk setiap 1,000 gelen dan membeli air terawat pada kadar 50 sen bagi jumlah sama.


Dr Mahathir membandingkan harga itu dengan kadar yang diberikan Johor kepada Melaka iaitu 30 sen bagi setiap 1,000 gelen - kadar yang digambarkan sebagai 'bertimbang rasa' memandangkan ia adalah perjanjian domestik.

"Untuk sebuah negara luar, kita perlu dapat lebih daripada itu (harga kepada Melaka)," katanya.




Kredit foto: Reuters




Perjanjian air sudah lama menjadi pertikaian antara kedua-dua negara ini dan pada Jun selepas kembali menjadi PM, Dr Mahathir berkata, beliau mahu merunding semula harga itu.


Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan bagaimanapun berkata, negara itu akan memenuhi perjanjian berkenaan dan menjangka Malaysia melakukan perkara sama. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2018 12:38 PM | Show all posts
ok tu, setuju sangat

sila antar azmin ali berjumpa singaporean secepat mungkin tuk bincang isu ni

bincang hari ahad ok




Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 12:42 PM | Show all posts
yang ni sokong sgt2...3 sen 1000 gelen...perghhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 12:58 PM | Show all posts
sat lagi sultan johor berbunyi....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 02:01 PM | Show all posts
air bawah kerajaan negeri..kerajaan pusat ni tak ikut rule of law lah...kah kah kah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini kesilapan presiden umngok yg lama.
Kalu kerajaan baru ambik alih lebih awal, kita mampu elak umngok menggadai pulau temasek.

Masalah yg bakal muncul, jualan air dari malaysia ke forest city.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2018 03:17 PM | Show all posts
ni semua silap PM ke 4
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 03:18 PM | Show all posts
Tahniah, Tun M, Tun M memang bijak, betui kata Tun M kita kena banyak membaca, sayang Tun M...wakakakakkakakakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2018 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 14-8-2018 03:17 PM
ni semua silap PM ke 4

22 tahun x berjaya pun.

Cara nak atasi hutang menteri PH dah jumpa dah.

mmg terbaiklah menteri PH.   

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata "Kami mencadangkan perlindungan minimum antara RM10,000 dan RM20,000 bagi setiap keluarga dengan bayaran premium di bawah RM1,000 setahun. Itu sesuatu yang boleh dilaksanakan."
Sekiranya kumpulan B40 membeli insurans, hampir semua populasi penduduk Malaysia akan mempunyai insurans kesihatan sendiri.  
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 03:23 PM | Show all posts
semasa perjanjian dibuat, Singapura bukan negara luar..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 07:57 PM | Show all posts
harizs replied at 14-8-2018 03:19 PM
22 tahun x berjaya pun.

Cara nak atasi hutang menteri PH dah jumpa dah.

Kan dah keluar kakak fake news
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Term dlm perjanjian tu ada sebut x klau salah 1 pihak engkar.....maka agreement terbatal? Klau ada why not go for it? Klau nk air jg buat la agmt baru yg lebih adil.....  Sedangkan kawin pun blh bercerai x kan agmnt camni x blh dilanggar.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahadedak ingat dia benar-benar Mahafiraun
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la tu naikkan harga setelah sekian lama ... singapura perlu usaha lain cari air  ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
i wish u all the best tun
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila la laksanakan dengam  segera kenaikan kadar air tu

Kt msia ni, rakyat da kena mcm2 kenaikan, xkan dgn singapore nak bagi harga murah plk

Da macam peribahasa, kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2018 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahafiraun nak perang dgn Singapore yahudi tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju!!! Negara dah kaya tapi air pun kedekut! Senang tak payah salur & bekalkan air kat dorang!! Abes cerita!
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Berani ke? Ujung2 hanya cadangan
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 14-8-2018 04:57 PM
Berani ke? Ujung2 hanya cadangan

Bodoh. Apahal pulak tak berani ?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.059557 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list