Setiap orang pasti berasa agak menyusahkan apabila perlu sentiasa mengusung payung ke mana sahaja mereka pergi terutama di musim hujan.
Payung yang lembap perlu diasing dan dikeringkan. Oh! Memang mimpi ngeri kerana agak mustahil untuk mengeringkannya tanpa kehilangannya. Nak letak di luar pejabat atau luar kelas mahupun di luar kedai? Memang hilanglah jawabnya!
Baru-baru ini, Britain telah memberi amaran ribut petir dan hujan lebat yang kuat diramalkan di beberapa kawasan. Jadi, beberapa pakar telah mencari penyelesaian dengan menghasilkan jaket yang berfungsi sebagai payung.
Memang luar biasa! Ini adalah rekaan 'Jaket Payung' yang sangat menarik. Ia pasti akan menarik ramai pembeli.
Foto: Mirror UK
Jangan risau! Jaket payung mampu milik dari Blue Crate ini boleh didapati pada harga RM57.50. Jaket dua dalam satu itu juga digelar sebagai produk perlindungan cuaca lengkap.
Untuk mengelakkan kepala daripada lembap dan melekit, jaket ini dilengkapi hud kalis air dan perisai berbentuk piring untuk melindungi tubuh dari hujan.
Foto: Mirror UK
Anda hanya perlu membiarkan ia terbuka dan tangan anda bebas tanpa perlu memegang apa-apa. Cuma satu-satunya kelemahan rekaan ini adalah anda akan kelihatan seperti ORANG GILA!
Bagi anda yang suka memadankan pakaian dengan beg tangan pada hari itu, ada dua pilihan warna berbeza untuk disesuaikan dengan gaya anda iaitu merah jambu dan biru.
Foto: Mirror UK
Jaket ini amat sesuai digunakan ketika membaca buku atau bermain dengan telefon ketika dalam perjalanan semasa hujan. Jaket payung ini tersedia dalam saiz kecil, sederhana dan besar. Ia juga telah dinilai dengan empat setengah bintang di laman web berkenaan dengan lebih daripada 2,000 pesanan!
Macam-macam rekaan sekarang bagi memudahkan semua orang, cumanya anda sanggup atau tidak menggunakannya? - CARI |