Ramai yang tahu minuman bir haram diminum oleh orang Islam kerana ia boleh memabukkan. Walaupun ada yang berpendapat bir boleh diminum sekiranya tiada alkohol atau kandungan alkoholnya sangat rendah di dalam minuman tersebut.
Jika air rut bir yang dijual di restoran A&W ia disahkan halal walaupun minuman itu ada perkataan bir. Tetapi selain daripada itu, hukumnya haram diminum. Walaupun bir haram diminum tetapi bagi orang Islam yang cetek agama dan tidak patuh pada ajaran Islam, mereka tetap meminumnya kerana mengamalkan gaya hidup bebas dan sebagai hiburan.
Seorang pengguna twitter memuat naik status tentang rakannya yang telah meminum bir tetapi apabila sendawa, dia menyebut Alhamdulillah. Ia dilihat tidak kena apabila melakukan perkara yang dilarang oleh Allah tetapi pada masa yang sama melahirkan rasa bersyukur atas nikmat-Nya.
Masa minum bir tak ingat Tuhan?
Ada netizen yang merasa kejadian itu sungguh kelakar dan dalam masa yang sama ia seolah-olah mempersendakan agama. Netizen memerli pelaku tersebut yang mungkin masih memiliki iman tetapi sedikit terpesong daripada ajaran Islam.
Biasa baca bismilah sebelum minum
Ada juga yang mengejek sebelum minum bir atau minuman keras, boleh dimulakan dengan bismillah. Ia ibarat adab sebelum memulakan sesuatu.
Masih ingat Allah dan tahu bersyukur
Bukan ape, kadang-kadang bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan minuman keras ini, mereka kadang-kadang terlepas cakap perkataan memuji Allah kerana sudah terbiasa. Tetapi, netizen tetap berharap dia diberi hidayah agar sedar akan kelakuan mereka dan kembali ke pangkal jalan. Ini kerana lidahnya masih mampu mengucap perkataan syukur dan lidah belum lagi keras.
Oleh itu, kalian kenalah berhati-hati memilih kawan. Berkawanlah dengan orang yang baik-baik dan tidak mengajak kalian kearah hiburan yang salah. Sekali tersalah langkah, agak sukar untuk berubah kerana perkara dosa dan maksiat sukar untuk ditinggalkan melainkan kalian mempunyai keinginan untuk bertaubat. - CARI |