|
|
Seorang penganggur yang membunuh neneknya sendiri menggunakan parang dijatuhi hukuman gantung di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Tertuduh, Maslizan Muhamad, 36, dari Bandar Cheneh Baru, Kemaman didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
 Foro: Harian Metro
Harian Metro melaporkan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Halimah Taib, 78, di depan rumah di Kampung Surau Haji Daud, Pengadang Buloh, Kuala Terengganu, 9.30 pagi 7 September 2015.
Maslizan membunuh mangsa dengan menetak lehernya berpunca akibat tidak tahan mendengar leteran warga emas berkenaan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud dan Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam daripada Tetuan Nordin Kassim & Aziz, Abdul Aziz Hasan. -CARI |
|