CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1539|Reply: 7

[Dunia] Sembilan jemaah Malaysia cedera nahas dua bas

[Copy link]
Post time 24-8-2018 07:36 AM | Show all posts |Read mode



MAKKAH - Sembilan jemaah Malaysia cedera ringan dalam nahas membabitkan dua buah bas yang membawa jemaah haji Malaysia ke Makkah dari Mina.

Mereka yang cedera terdiri daripada tiga jemaah lelaki dan enam jemaah wanita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 8.40 pagi waktu tempatan semasa bas jemaah Malaysia dalam perjalanan pulang ke Makkah selepas melakukan nafar awwal.

"Kira-kira jam 8.40 pagi, bilik gerakan Tabung Haji (TH) telah menerima laporan mengenai kemalangan tersebut dan telah menghantar pasukan kecemasan yang terdiri daripada petugas perubatan dan kebajikan, bersama-sama pihak muassasah Asia Tenggara meninjau dan memberi pertolongan.
Advertisement

"Keadaan jalan ketika itu sangat sesak kerana kebanyakkan jemaah haji dari seluruh dunia melakukan nafar awwal dan pulang ke Makkah pada hari yang sama," katanya kepada media selepas melawat jemaah haji yang cedera di sini, semalam.

Sejurus memberikan bantuan kepada jemaah haji tersebut, Mujahid berkata pihak muassasah menghantar dua buah bas gantian untuk jemaah haji Malaysia meneruskan perjalanan pulang ke hotel penginapan mereka.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak muassasah Asia Tenggara yang telah memberikan kerjasama yang tinggi dalam memastikan jemaah kita selamat sampai ke pusat penginapan mereka," katanya.

Sembilan jemaah yang tercedera telah di bawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang ke hotel mereka.

"Pasukan perubatan TH turut membuat saringan kesihatan sekali lagi terhadap jemaah lain yang terselamat untuk memeriksa sekiranya ada antara mereka mengalami trauma berikutan kemalangan ini," katanya.

Justeru, Mujahid menasihati kaum keluarga jemaah haji di tanah air untuk tidak merasa bimbang dengan kemalangan tersebut kerana segala langkah-langkah yang sepatutnya telah diambil oleh pihak TH di tanah suci.

"Ia hanyalah satu kemalangan yang tidak melibatkan kecederaan yang serius dan kesemua mangsa kemalangan telah dibenarkan pulang ke pusat penginapan mereka oleh pihak hospital dan dari apa yang saya lihat (setelah melawat mangsa), mereka dalam proses pemulihan," katanya. -Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2018 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga selamat semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2018 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh dan dimudahkan urusan haji
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2018 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2018 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok kat bas tu Maktab 81. Syukur lah semua selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2018 02:30 PM | Show all posts

Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2018 02:33 PM | Show all posts
ntah kenapa aku rasa orang yg komen berdoa online semua ni aku rasa doa dorang tak ikhlas

cam nak tunjuk baik je

konon alim

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2018 02:52 PM | Show all posts
alhamdulillah cedera ringan je. moga derang cepat sembuh.. biasanya yg pegi haji ni org yg dah agak berumur, kesian derang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.056889 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list