"Jika tiba masanya, pasti saya akan umumkan. Saya tak akan sorok dan sembunyikan perkahwinan."
Bila menjalin hubungan dengan seseorang yang terkenal, sudah pasti diri akan dihujani pelbagai soalan serupa daripada pelbagai pihak.
Itulah yang dialami bintang AF Megastar Shahir Zawawi apabila dia menjalin hubungan rapat dengan pelakon, Erra Fazira.
Kredit foto: Astro GEMPAK
Memetik Astro GEMPAK, bukan sahaja teman-teman mahupun pihak media, malah ibunya sendiri sering bertanya bila dia akan mengorak langkah ke fasa seterusnya dengan Erra.
"Saya akui ramai bertanya bilakah tarikh saya bakal berkahwin. Jika bukan wartawan yang bertanya, pihak lain juga mengajukan soalan sama.
"Emak saya sendiri pun selalu bertanya soalan sama kepada saya kerana sahabat serta kenalannya bertanyakan soalan serupa.
"Sejujurnya, saya tidak terbeban kerana jawapannya masih sama. Memang saya pernah cakap mahu mendirikan rumah tangga tahun ini, tetapi waktunya masih belum sampai lagi.
"Usaha ke arah itu memang ada tetapi masing-masing sedang sibuk dengan kerjaya. Saya mohon doa yang baik-baik untuk kami berdua," katanya.
Kredit foto: IG Erra Fazira
Shahir juga berkata, dia tidak akan menyorokkan berita perkahwinannya kepada umum.
"erkara yang baik haruslah dikongsi bersama. Insya-Allah, bila tiba waktu sesuai, pasti saya akan hebahkan," katanya lagi.
Apa lagi Shahir, mak pun dah tak sabar nak bermenantukan Erra Fazira. Jangan tunggu lama-lama! - CARI |