Walau bagaimanapun, pengikutnya terus meningkat sejak itu. Bercakap tentang kisah kejayaannya, beliau memberitahu VICE, "Ia melangkaui semua bahasa. Tiada terjemahan diperlukan, hanyalah lucu semata-mata. "
"Saya suka membuatkan orang ketawa, membuat mereka tersenyum," katanya sambil menambah hospital itu sebelum ini mengambilnya berkerja kerana "pihak pengurusan hospital amat menyukai keperibadian lelaki yang dianggap lucu itu sehingga mereka mahu dia menjadi orang pertama yang akan dijumpai para pengunjung di hospital itu," tambah laporan itu.
Bukan video kentut sahaja yang direkodnya, malah beliau turut merakamkan saat ketika dirinya dipecat oleh majikan. Dalam siaran langsung di halaman Instagramnya, Doug menyiarkan detik majikannya membiarkannya dirinya pergi, lapor Metro UK. Dalam video itu, penyelianya meminta dia untuk menghentikan rakaman, tetapi dia menolak.
Penyelianya menyatakan bahawa dia telah melanggar dasar dan polisi syarikat keselamatan swasta itu mengenai penggunaan telefon bimbit di tempat kerja. Walau bagaimanapun, Dough mengatakan dia tidak pernah menunjukkan apa-apa logo syarikat di dalam videonya, tetapi bosnya tetap tidak menerima alasan beliau.
Dia kini mempunyai akaun di laman web Patreon, khas untuk mereka yang ingin menjana pendapatan terutamanya untuk "Youtubers" dan berharap untuk mendapatkan wang dari video-videonya selepas ini. "Matlamat saya adalah untuk menjadi orang pertama yang membuat duit dengan hanya melepaskan gas kentut selepas kehilangan sumber pendapatan," katanya lagi. - CARI