CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11397|Reply: 55

"Lelaki, Please La Jangan Pakai T-Shirt Dan Selipar Ke Kenduri Kahwin, Buru

[Copy link]
Post time 7-9-2018 03:36 PM | Show all posts |Read mode



Bulan September dan seterusnya memang akan ramai yang mendirikan rumah tangga sekaligus ramai juga mendapat undangan perkahwinan ini. Maklumlah, musim cuti berderet dan cuti sekolah ini memungkinkan anda perlu menghadiri beberapa jemputan majlis dalam masa sehari.


Sebagai tetamu, tidaklah ditetapkan etika pemakaian ketika menghadiri kenduri, tetapi biarlah sopan dan tidak menjolok mata. Namun, bagi segelintir individu, tetamu terutamanya lelaki perlu memakai pakaian yang sesuai ketika menghadiri kenduri bagi menghormati majlis.



Baginya T-Shirt tidak sesuai, lebih memalukan ada yang memakai seluar pendek untuk meraikan pengantin.




Kredit foto: Twitter





Bagi Sharifah Nafisa ramai yang tidak memahami betapa pentingnya majlis tersebut kepada pengantin dan keluarganya. Setelah menghabiskan berpuluh ribu bagi menyempurnakan sebuah majlis, antara yang mengecewakan ialah tetamu yang tidak respek majlis seperti memakai selipar dan T-shirt. Ia sebenarnya langsung tidak boleh diterima. Jangan beri alasan jika kad jemputan sudah diedar berbulan-bulan sebelum berkahwin. Anda mempunyai masa untuk bersiap.


Pandangannya dipersetujui oleh netizen lain.









Kredit foto: Google




"Betul ke pakai T-shirt tu selekeh?"



Bagaimanapun bagi yang tidak bersetuju mereka juga mempunyai alasan tersendiri untuk memakai selipar dan T-shirt. Ini kerana ia mengikut keselesaan masing-masing dan tidaklah sampai memakai T-shirt lusuh untuk ke majlis tersebut. Rasanya ia bukan tahap selekeh cuma mungkin kurang sesuai.







Kredit foto: Google




Ramai yang memahami konteks yang diutarakan, tetapi tetap merasakan ia adalah hak peribadi setiap individu. Lagi menarik, jika majlis itu sendiri ditukar waktunya dari siang kepada malam. Malahan jika pengantin sendiri tidak kisah pun pemakaian tetamu, kenapa orang lain pula bersusah payah memikirkannya?




Kredit foto: Google




Bagi yang benar-benar menjaga penampilan, mereka akan memakai baju batik, kemeja atau pun baju Melayu lengkap dengan songket dan songkok. Ia sedondon dengan pasangan (jika ada) yang memakai baju kurung atau kebaya yang sangat cantik ketika menghadiri majlis. Ia bukan kerana selesa semata-mata tetapi kerana kesesuaian majlis. Apa pun, sekali lagi ia terpulang kepada diri anda sendiri. Jadi, lelaki anda pakai apa ke kenduri kahwin? - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2018 03:43 PM | Show all posts
T-shirt berkolar ok lah lagi..Selipar memang lah no-no..smart2 lah sikit bang..mana tau jumpa jodoh..tak kiralah jodoh pertama ke, kedua atau ketiga..eh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 03:47 PM | Show all posts
ok okkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
tak pernah pakai t shirt pergi kenduri orang.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 04:08 PM | Show all posts
tshirt tu no problem at all la
selipar?yesss
please la respect sikit majlis
orang jemput tu kot
gah kan lagi la majlis orang dengan segak bergaya ko tu
bila lagi kan?
& kot2 la jumpa jodoh situ
takkan selipar je sis?

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 04:22 PM | Show all posts
ikut kesesuaian...kalau kenduri kat kampung ni,jiran2 x kisah sangat nak pakai t-shirt jeans & selipar,but kalau kenduri kat luar,especially buat kat dewan,at least t shirt berkolar with sandal....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2018 04:29 PM | Show all posts
tee shirt ok apa, n selipar biaq la dia, tp jgan la pakai short...

makan kenduri je pun, bukan kt hotel pun nk dress code orang bagai dik
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 04:37 PM | Show all posts
pada aku tengok venue, kalau majlis tu kat dewan ke atau hotel memang kena pakai proper la..
tapi kalau majlis tu buat kat khemah depan rumah je tak kisahla nk pakai apa pun..   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2018 04:39 PM | Show all posts
kalau hujan takkan nak berkasut pula?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 04:45 PM | Show all posts
pakai la nampak kemas sikit, jadi kalau pegi kenduri dengan girlfriend, girlfriend pun tak la malu
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 04:46 PM | Show all posts
pakai je pape asalkan senonoh
setakat tshirt dgn selipar tu bg aku ok je kalo majlis tu majlis aku
ko dtg pon dah cukup gembira bg aku

lainla tuan majlis yg nk jaga standard
standard la sgt....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 04:51 PM | Show all posts
klu majlis i xkesah pun pakai baju pape..jnji bawak hadiah...ihikihik
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 04:58 PM | Show all posts
blaja2 la hormat majlis orang... tak kisahla jiran sebelah ke... kat hotel ke... kat kampung ke...

sakit betul mata aku klau kt kampung2 ada yg pegi kenduri dengan jean rabak ngan t shirt gambar tengkorak. As parents kena didik anak2 lelaki.. gi majlis org.. pakai seluar elok2.. dengan t shirt berkolar sekurang2nya... nak cari shirt payah le plak.. yang pompuan... samada berbaju kurung... blouse.. dress.. okla kalau bebudak.. mak budak.. xyah nak acah2 urban pakai jeans ngan kebaya eh... hilang budaya kita nanti
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 05:00 PM | Show all posts
kalau majlis khemah kat rumah tu pada i ok je kot nak tshirt jeans bagai..
lagi-lagi kalau bukan bandar..
kalau kat dewan tu, ye la kena proper sikit..
i pun pernah bertshirt and jeans gi kenduri kawin..
sebab unplanned..
ingatkan gi jalan je sekali my mom nak singgah tunjuk muka sebab fikir sedara..
but masa tu dah petang la kan..
kalau tengahari rembang, sure kitaorang kena kutuk pakai tah apa-apa
anyway, i pegi kenduri takde nak peduli tengok orang tu pakai apa orang ni pakai cam mana..
janji kenyang makan lauk sedap..
bawang sangat la nak telek orang atas bawah pastu nak komplen..
and pompuan gedik nak mampus je dok usha jantan pakai apa kat kenduri..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 05:56 PM | Show all posts
aritu g wedding membe kt pahang..pakai dh cantik2 tetibe smpai sane tanah merah kot bru lepas ujan lak tu..mmg cancel la pkai heels..aku tuka pkai slipe je kot..kisah lak aku..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok venue majlis. Kalau kat kg dengan panas terik lagi2 tengah bendang, mau ketibas pakai proper.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2018 06:12 PM | Show all posts
zulka replied at 7-9-2018 04:37 PM
pada aku tengok venue, kalau majlis tu kat dewan ke atau hotel memang kena pakai proper la..
tapi k ...

Setuju!

Tapi saya prefer kalau pompuan pakai baju kurung, kebaya, pakai kain la senang cite
instead of pakai kebaya dan jeans
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 7-9-2018 03:47 PM
ok okkkkkkkkk

Dengar tu.. jgn pki selipar jamban
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
So far masih ikut dress code g wedding..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 11:39 PM | Show all posts
kalau cam tu
dlm wedding card tulis sekali dress code
easier for guest
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.050039 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list