Dua pemilik rumah sanggup menawarkan tempat tinggal percuma yang lengkap dengan perabot dan wifi.
Namun syaratnya adalah si penyewa sanggup ditiduri oleh mereka.
Metro UK melaporkan, tindakan durjana dua lelaki itu dibongkar oleh seorang wartawan BBC yang menyamar untuk melihat sejauh mana dakwaan tersebut dan ternyata ianya benar.
Taktik kotor tersebut didedahkan dalam BBC Inside Out West dengan kerjasama Safe Lives.
Salah seorang pemilik rumah yang dikenali sebagai Mike memberitahu wartawan tersebut bahawa dia memiliki apartmen dua bilik yang lengkap tanpa perlu membayar apa-apa jika sanggup memenuhi hasrat yang dimahukannya.
Kredit foto: Metro UK
"Bilik, sewa, bil, semua akan dibayar. Malah, saya akan beri elaun setiap minggu. Jadi kamu akan rasa seperti dijaga.
"Tapi syaratnya, kamu kena tidur dengan saya sekali seminggu."
Walau bagaimanapun selepas mengetahui dirinya didedahkan, Mike mengatakan yang dia hanya berlakon sebagai pemilik rumah dan ia cuma sebahagian daripada kajiannya mengenai eksploitasi wanita di United Kingdom.
Seorang lagi pemilik rumah dikenali sebagai Tom turut menawarkan kediaman percuma jika wartawan tersebut sanggup berpindah ke apartmen miliknya.
"Saya bagi seminggu dua jika kamu tak bersedia, tapi selepas itu memang kena tidur dengan saya."
Difahamkan sebelum ini terdapat lambakan iklan sewa rumah jijik yang dimuat naik di Internet.
Kredit foto: Kredit foto: Metro UK
"Hi saya lelaki usia 35 tahun dan mencari penyewa rumah perempuan. Anda boleh tinggal secara percuma, saaya fikir mungkin anda boleh 'menyerah diri' kepada saya dalam dua atau tiga kali seminggu.
"Sila hantar gambar dan terangkan sedikit mengenai diri anda." -CARI |