View: 1048|Reply: 0
|
Kes Keracunan Alkohol: 7 Dalang Ditahan, 21 Orang Sah Maut
[Copy link]
|
|
Perkembangan terkini kes keracunan alkohol di sekitar Lembah Klang.
Memetik laporan Bernama, setakat jam 8 malam kelmarin, jumlah bilangan mangsa yang terbabit adalah seramai 56 orang dengan 21 individu disahkan maut.
Kredit foto: carian internet
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor 12 serbuan telah dijalankan dan 7 tangkapan di sekitar Lembah Klang berhubung kes keracunan alkohol itu.
Difahamkan mangsa-mangsa kes tersebut meminum tiga jenama alkohol yang dibeli daripada beberapa kedai di Lembah Klang.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad menggesa wakil-wakil dari pihak pengeluar minuman beralkohol dan bir dari jenama terbabit telah tampil membantu kementerian untuk membersihkan nama mereka.
“Kementerian tidak menolak kemungkinan minuman berkenaan bukan produk asli dan dihasilkan dari kegiatan pengeluaran haram."
Tambah Dr Dzulkefly, siasatan sedang dijalankan bagi menentukan sama ada minuman itu dicampur bahan lain atau minuman tiruan.- CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|