"Jihan Muse ni beriya-iya suruh netizen stop panggil retis. Dia sendiri eja talibesen. Macam ni nak panggil artis pejuang bahasa?"
Wah! Panas betul ya netizen ini dengan Jihan. Maklumlah Jihan yang kononnya marah netizen memanggil retis berbanding artis dianggap menghina pekerjaan mereka. Sedangkan dalam status terbaharunya di laman Instagram, jelas Jihan sengaja mengeja salah serta penggunaan akronim yang tidak betul. Bagi netizen, Jihan dianggap seperti ketam mengajar anak berjalan betul, sedangkan diri sendiri pun masih salah.
Ia adalah rentetan isu yang dimulakan oleh Adibah Nor kemudiannya dipersetujui oleh Jihan dan beberapa artis lain. Bagi mereka retis tiada maksud dalam kamus bahasa lalu ia dianggap menghina pekerjaan mereka berbanding Artis iaitu pekerja seni.
Bagaimanapun apabila pejuang bahasa ini sendiri mengeja televisyen sebagai talibesen dan penggunaan akronim MBSA tanpa perkataan asal, secara tidak langsung ia merosakkan perjuangannya sendiri.
Kredit foto: Carian Internet
Hal ini membuatkan netizen berasa rengsa lalu mengungkit kembali isu artis-retis ini kembali. Bagi mereka panggilan retis bukanlah kerana memandang rendah pekerjaan mereka tetapi untuk memudahkan bahasa harian. Ia adalah seperti memanggil acik gomen kepada pekerja kerajaan, makcik bawang kepada orang yang suka menjaga tepi kain orang, BBNU kepada anak muda yang masih mencari identiti dan PPRT iaitu perangai Melayu projek rumah kos rendah.
"Macamlah Jihan tak pernah guna perkataan retis!"
Hinggakan stail pengacaraan Jihan pun dikritik oleh netizen. Apatah lagi sebagai pelawak pastinya perlu memperkayakan nahu bahasa demi membuatkan penonton terhibur. Mungkin ketika itu, akan terkeluar perkataan yang merepek-repek. Jadi, bahasa apa yang mahu diperjuangkan?
Kredit foto: Carian Internet
Apatah lagi, minggu hadapan akan bermulanya program Gegar Vaganza 5 yang akan menampilkan Jihan dan Nabil sebagai hos tetap. Kedua-duanya juga boleh dipertikaikan ketika mengacara. Ini kerana mereka bukan setakat menggunakan perkataan yang salah, tetapi juga sentiasa menggunakan body shaming yang menyakitkan hati mangsa.
Dalam konteks ini, masing-masing mempunyai pendapat sendiri iaitu artis mahukan hak dipanggil dengan nama yang elok, bukannya retis. Manakala netizen pula lebih senang menggunakan panggilan tersebut kerana sudah biasa, bukannya mahu memandang rendah. Namun, biarlah ia disusuli dengan tindakan yang sewajarnya bagi menyokong perjuangan tersebut. Anda pula bagaimana? - CARI
|