Ini sangat rare sekali! Belum ada mana-mana artis di Malaysia yang kenakan bayaran untuk buat ucapan Hari Jadi!
Ya, hanya Janna Nick saja yang berani kenakan bayaran sebanyak RM50 bagi apa-apa ucapan yang ingin disampaikan kepada peminat. Dia akan tag nama peminat tersebut di IG story bagi mereka yang mahukan ucapan.
Foto: IG Story Janna Nick
Biasanya artis hanya kenakan bayaran untuk business review sahaja untuk mempromosikan perniagaan. Tapi lain dengan servis yang dilakukan Janna.
Foto: IG Janna Nick
Dia tidak membuat apa-apa ulasan untuk mempromosikan perniagaan sesiapa. Jadi mungkin disebabkan itu dia mengambil kesempatan untuk mengenakan caj bayaran bagi apa-apa ucapan kepada orang lain.
Netizen merasakan membazir saja siapa yang menggunakan servis ucapan dari Janna Nick. Tidak kurang juga mengatakan Janna sudah kesempitan wang sehingga sanggup mengenakan bayaran untuk sebarang ucapan.
Kalau tidak suka, tidak perlu kecam berlebihan. Ada saja yang mahu gunakan servis ini untuk gembirakan orang tersayang. Jadi, apa salahnya! - CARI |