Jodoh itu rahsia Allah, jadi tiada siapa yang mampu menidakkan bila seseorang itu akhirnya menjadi suami/isteri kita. Pastinya di sekeliling kita ramai pasangan yang tidak sekufu dari rupa paras mahupun darjat. Kebiasaannya si isteri yang memiliki kelebihan seperti lebih cantik dan lebih kaya manakala si suami pula biasa-biasa sahaja.
Namun, jarang kita terjumpa lelaki kacak (ada yang menyatakan rupa si dia persis penyanyi Shahir) tetapi beristerikan wanita bertubuh gempal serta penampilan sederhana sahaja. Ia dinyatakan sendiri oleh wanita tersebut, Astiey Nurasiah dalam coretannya di Facebook yang menyaksikan hampir 5,000 perkongsian di laman media sosial tersebut.
Kredit foto: Facebook
Pengakuan Astiey tidak terhenti setakat itu kerana suaminya akan memuji kelebihan isterinya tatkala memberi pendapat bernas. Hal ini membuatkan ramai pembaca terpesona dengan kebaikan yang ditonjolkan oleh suami wanita ini.
"Dia tak kisah takda duit untuk barang dia demi hantar Kak As pergi spa. Jujur cakap, beli produk SK11 sebulan spend RM1,000. Dia bukan nak Kak As nampak cantik depan mata orang. Tapi depan dia. Sebab tu dia belikan barang mekap mahal macam Dior, Mars Jacobs dan segala mekap yang Kak As tak kenal pun. Walhahl bagi Kak As, beli yang RM5 pun dah okey sangat."
Ternyata si suami sangat romantis seperti watak dambaan ramai wanita di rancangan dramai rantaian TV3 pula. Malahan pujian dan kata-kata sayang diucapkan setiap hari seperti 'sayang abang cantik dan baik' membuktikan yang lelaki ini benar-benar menyayangi isterinya tanpa mempedulikan pandangan negatif orang lain. Benarlah kata pepatah 'dont judge book by cover' adalah paling tepat diumpamakan kepada pasangan manja ini.
Namun begitu, Astiey juga sempat bercerita yang ada rakan di alam maya berpesan kepadanya supaya tidak terlalu menonjolkan kemesraan di media sosial kerana bimbang ada yang akan mengambil kesempatan. Maklumlah suaminya boleh dikategorikan sebagai kacak, jadi mungkin rakan ini sebenarnya berniat baik, sekadar menasihati.
Kredit foto: Facebook
Namun begitu, bagi Astiey dia mengambil pesanan itu dari segi positif. Antaranya sebagai isteri adalah tidak elok berkata negatif di saat marah. Ini kerana kata-kata yang diucap akan membina imaginasi si suami. Antara kata-kata negatif ialah
"Haaa...sukalah tu tengok perempuan cantik!"
"Ntah-ntah kat luar abang ada orang lain tak?"
"Seronoklah makan luar, ada janda layan."
Foto : FB
Mungkin ramai yang mengatakan Astiey beruntung kerana memiliki suami yang bukan sahaja elok rupa paras tetapi juga setia dan rajin memanjakan isterinya. Tetapi sebenarnya, ramai juga pasangan bahagia lain yang tidak menceritakan di laman media sosial, hanya untuk tatapan peribadi sahaja. Jadi, ayuh kita jadi lebih positif demi perhubungan yang dirahmati. - CARI
|