View: 3966|Reply: 10
|
Nak Makanan Barat Yang Sedap-Sedap Belaka? Apa Lagi, Jom Serbu Chequers @ Taman
[Copy link]
|
|
Foto:eatdrinkkl
Sejak ia mula dibuka pada tahun 2014, restoran Chequers yang terletak di Taman Tun Dr Ismail sentiasa mengolah menu sajian mereka dan pada tahun lepas, beberapa menu telah diperkenalkan sesuai dengan trend makanan masa kini.
Jika pada awalnya mereka menghidangkan waffle untuk para pelanggan, kini anda boleh meniikmati menu lain dan antara yang wajib ialah chilli poppers (RM10).
Untuk menu ini, cili hijau segar yang disumbat tuna digunakan dan digoreng rangup. Selain itu anda juga perlu pesan kentang goreng cili berkeju (RM13) iaitu gabungan kentang goreng dan sos yang sungguh enak. Kentang disediakan bersama kulitnya agar ia lebih rangup.
Foto:eatdrinkkl
Bagi penggemar burger dan mac-&-cheese, pernah tak anda makan gabungan kedua-duanya? Jika tidak, di sinilah anda boleh menikmatinya!
Menggunakan pati daging striploin Australia dan dilapisi dengan bakon daging dan mac-&-cheese, ia dihidangkan bersama sos pedas bersama roti bijan yang tebal (RM30 termasuk kentang goreng & salad).
Foto:eatdrinkkl
Restoran ini tidak menghidangkan hot dog namun ada yang lebih baik dan unik daripada itu iaitu corn dog!. Corn dog juga merupakan salah satu makanan jalanan popular di Amerika dan jarang didapati di Kuala Lumpur.
Foto:eatdrinkkl
Ia merupakan sosej ayam atau daging yang dilapisi dengan tepung jagung yang manis dan digoreng rangup. (RM16)
Foto:eatdrinkkl
Lokasi: Chequers TTDI
153, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Buka: Khamis-Selasa, 8am-11pm.
Tel: 03-7733-3068
Foto:eatdrinkkl
Foto:eatdrinkkl
Foto:eatdrinkkl
Jom sambut hari jadi yang tersayang di Chequers! Pasti membuahkan kenangan manis dan perut yang kenyang! -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
looks yummy la jugak
kalo kat kuantan ni
deco kedai2, perghh hipster habis
& memang besar la modal habis
tapi rasa hauk sehauk-hauk nyaaa!
|
|
|
|
|
|
|
|
Cili hijau 3 ketul RM10? |
|
|
|
|
|
|
|
dah tua2 ni tekak loya je tengok cheese meleleh2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sdp nye pizza tu..corn dog mmg suka sgt makan..nk pegi la nti |
|
|
|
|
|
|
|
pizza nmpk sedap.. tp yg lain blh la |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi Burger with mac & cheese tu, tak sure whether combination yang sesuai. |
|
|
|
|
|
|
|
wow sedapnya bagus kalo dapat cuba. |
|
|
|
|
|
|
| |
|