|
Doktor mengeluarkan seekor cacing parasit sepanjang 15 sentimeter yang bergerak-gerak di sekitar mata putih seorang lelaki.
Pesakit yang tidak dinamakan berusia 60 tahun itu pergi ke hospital di Karnataka, India untuk mendapatkan rawatan ekoran terdapat 'benda hidup' yang bergerak di sekitar mata putihnya.
Menurut Dr Srikanth Shetty yang merawatnya, cacing itu perlu segera dikeluarkan kerana dikhuatiri memberi risiko pada penglihatannya.
Prosedur rumit mengeluarkan cacing parasit itu kemudian dirakamkan sebelum dimuat naik di laman sosial.
Menerusi rakaman itu, kelihatan Dr Srikanth mengeluarkan cacing berkenaan dengan berhati-hati sebelum memasukkannya di dalam sebuah bekas plastik.
Kredit foto: Mirror
Memetik Mirror, doktor mengenal pasti cacing itu sebagai Wuchereria Bancrofti, sejenis cacing rambu yang tersebar melalui gigitan nyamuk. - CARI |
|