Sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) yang bersinar terang dikesan melintasi ruang udara di Beijing dan beberapa kawasan sekitar Mongolia dan Chongqing baru-baru ini.
Kehadiran UFO itu menjadi bualan hangat di kalangan penduduk setempat sekaligus terdapat ribuan foto serta video kejadian tersebut dimuat naik ke laman sosial negara itu, Weibo.
Kredit foto: www.dailystar.co.uk
Daily Star melaporkan, paparan yang ditular jelas kelihatan cahaya terang yang mempunyai ekor panjang dilihat berpusar di beberapa bandar.
Rata-rata netizen beranggapan bahawa ia merupakan kapal angkasa makhluk asing yang sering disebut sebagai UFO.
"Makhluk asing sudah datang," ujar salah seorang netizen menerusi Weibo.
""Mungkin makhluk asing dalam perjalanan pulang selepas sambutan hari kebangsaan di sini," ujar seorang lagi individu.
Namun, misteri itu turut dikaitkan dengan pelancaran roket Falcon 9, Isnin lalu.
Ujar seorang individu, objek putih misteri itu berkemungkinan hanyalah asap daripada ekzos roket berkenaan.
Malah katanya, ia tidak sukar untuk dirungkaikan kerana kejadian itu juga berlaku tidak lama selepas pelancaran roket.- CARI
Post time 17-10-2018 02:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Saya pun nampak macam alien spaceship masa Duduk Di balcony about three weeks ago. Ia agak leper, cahaya sekeliling menyuluh kebawah. Mungkin dalam lima minit, kemudian masuk dalam awan. Bukan bintang, bukan plane. Memang seperti spaceship. Kalau beritahu orang pun Tak siapa akan percaya. So I keep it to myself. Dalam 11 malam.