CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1486|Reply: 11

Menconteng Tembok, Dua Pelancong Berdepan Penjara 10 Tahun Di Thailand

[Copy link]
Post time 23-10-2018 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Sebagai pelancong, kita wajar berdisplin ketika melancong ke mana-mana negara agar tidak melanggar undang-undang tempatan sehingga mengundang masalah kepada diri sendiri.


kredit foto: carian internet



Reuters melaporkan, baru-baru ini dua pelancong didakwa dengan vandalisme kerana melakukan grafiti di tembok di utara Thailand.


Jika didapati bersalah, dua pelancong yang berusia 23 tahun itu akan dihukum penjara 10 tahun.


Kredit foto: carian internet



Kredit foto: carian internet



Furlong Lee dari Britain dan Brittney Schneider, ditahan di rumah tetamu di Chiang Mai semalam dan dihadap ke mahkamah daerah.


Rakaman video kamera keselamatan menunjukkan mereka itu melakukan grafiti pada dinding bata merah berhampiran Gerbang Tha Phae iaitu pintu masuk utama ke bandar lama bandar raya itu.


Kredit foto: carian internet



Menurut Mejar Polis, Anon Cherdchutrakulthong, apabila melawat sesuatu tempat, pelancong tidak sepatutya melakukan grafiti. Kedua-dua suspek itu mengaku bersalah.


"Mereka tidak diwakili peguam, menambah kedua-duanya menunjukkan tanda mabuk."


Selain penjara, mereka juga berhadapan denda sehingga sejuta baht (RM127,447) atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2018 11:25 AM | Show all posts
dah pergi tempat orang bawak perangai sakai kenapa?
penjara kan sajalah 10 tahun!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 12:22 PM | Show all posts
why bother??1000 thn in future grafiti tu pulak yg akan jd tarikan pelancong.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengkid kah tu..rasakan mat saleh kepam..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 12:26 PM | Show all posts
Ingatkan buat cecantik. Macam segaja mencakar aja.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 12:26 PM | Show all posts
kat thailan, hadap mak nyah, pelacur tu takda hal.. tapi ko buat vandalism, tertutama tmpt awam, suci dgn poster raja thai..  siap lah.. keh3
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2018 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal dr pelancong dh jd warganegara.. bole lah lps nih tulis nma dlm bhsa thai plak..Moga mereput lahh kt thailand
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Keluar jail nnti voluptious nnti body nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2018 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib kau bukan buat hal di korea utara.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 11:07 PM | Show all posts
padan muka... ingat negara kau buat suka hati..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
bodoh....mari sini Malaysia...kita orang ludah saja ini Malaysia(dengan ludah sireh)...tada kena pun...-bangla,nepal,myanmar.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo kat malaysia paling teruk pon diberi amaran je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.040278 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list