CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1827|Reply: 8

Zahid Bengang Apabila Ditanya Kemungkinan Bercuti Ketika Tunggu Perbicaraan

[Copy link]
Post time 23-10-2018 05:06 PM | Show all posts |Read mode
Sejak didakwa di mahkamah dengan 45 tuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), kemunculan pertama Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen menarik perhatian media.




Kredit foto: carian internet



Memetik laporan Malaysiakini, apabila ditanya pemberita sama ada beliau mengambil cuti daripada parti itu sementara menunggu perbicaraan, Bekas Timbalan Perdana Menteri itu kelihatan tidak senang hati dengan wartawan terbabit.


“Apa hak ‘you’ tanya soalan tu,” kata ketua pembangkang itu di lobi Parlimen siang tadi.


Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata sudah menjadi prosedur operasi standard (SOP) parti itu untuk pemegang jawatan tertinggi mengambil cuti bekerja sekiranya didakwa di mahkamah.


Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa semalam pula mamaklumkan, parti itu tiada SOP sepertimana yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden Umno itu.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2018 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok mat dgn wak jahit ni daripada kem berbeza ke dalam umno?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 08:38 PM | Show all posts

Aku Anggap Je

Darah tinggi..  Bukan ape pon soalan tu.

Siap la Tok Mat.  Kubu ko kalo tak kuat menangis tak berlagu la jawabnye nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
wak selalu acah2 calm n collected dlm bideo heshe bagi ceramah... tapi bila kena soal, selalu naik darah
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 07:28 AM | Show all posts
aik, nak tanya soalan pun kena tau hak ke? terpulang pada kau la nak jawab ke tak... dia nak tanya, lantakkan dia laa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 10:00 AM | Show all posts
mungkin bila dengar perkataan "bercuti" tu.. heols teringat bil kad kredit heols yang ratus2 ribu tu ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2018 10:35 AM | Show all posts
jadik wartawan mmg xboleh tanya soalan sebarangan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 10:40 AM | Show all posts
kan passport dia kena tahan
tu yg dia terasa hati
rasanya bercuti bagi wak maksudnya bercuti ke oversea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2018 10:47 AM | Show all posts
Login_ID replied at 24-10-2018 10:40 AM
kan passport dia kena tahan
tu yg dia terasa hati
rasanya bercuti bagi wak maksudnya bercuti ke ov ...

passport kena tahan, so tak boleh lar Wak nak upload gambar pi Tanah Suci. setakat nih, mostly berjaya upload gambar pi melawat kubur parent ngan sesi bacaan yasin dan mengaji jer... aku tak pertikaikan amal ibadat dia yer, tapi secara am nyer, perlu sgt ker nak tunjuk segala amal ibadat kau waktu masa2 macam nih...... baik Wak, isteri Wak dan anak pompuan Wak, kebelakangan nih asyik nak tunjuk amal ibadat jer.... klise tak???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.471425 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list