|
|
Nazim Othman mengaku yang dia kekok bila terpaksa melakukan babak intim dalam sebuah drama.
Tambahnya dia sendiri hairan dan pelik bagaimana pelakon luar boleh melakukan adengan sebegitu dengan mudah dan tanpa malu di hadapan krew produksi yang ramai.
???Tak paham la macam mana pelakon negara lain buat adegan atas katil siap bergomol aneh-aneh depan crew yang ramai untuk tontonan sejagat. I baru buat scene jalan masuk bilik camni pun dah rasa krik krik," tulisnya di Instagram.
Dalam babak tersebut, Nazim diminta untuk berjalan menuju ke bilik dan menanggalkan bajunya.
Di ruangan komen, ramai juga yang memuji pelakon ini.
Kata mereka Nazim adalah seorang yang bagus kerana masih mempunyai perasaan malu.
 Foto: IG Nazim Othman
Bukan macam sesetengah pelakon lelaki yang gemar mengambil kesempatan. -CARI
|
|