Tiga beranak maut dibunuh oleh seorang lelaki yang berang dirinya diejek dengan gelaran gajah gemuk.
Media Indonesia melaporkan, Agus Hariadi yang berasal dari Sumatera Utara membunuh jirannya sebelum mencampakkan ketiga-tiganya ke dalam sungai.
Dalam kejadian yang berlaku 8 Oktober itu, empat lelaki dituduh membunuh Muhajir, 49, dan Suniati, 50, bersama anak lelaki mereka berusia 12 tahun, M Solihin.
Kredit foto: Gatra
Ketua Polis Sumatera Utara, Agus Andriyanto berkata, “Motif pembunuhan kerana dia berasa terhina sering diejek. Saiz badannya menjadi bahan jenaka mangsa.
“Mangsa sering mengeluarkan kata-kata seperti, “lihat, sekumpulan gajah sudah tiba” kerana saiz badan suspek yang gemuk."
Tambah sumber, Agus merancang pembunuhan terbabit dua hari sebelumnya.
Suspek datang ke rumah mangsa pada jam 11 malam dan berpura-pura mahu meminjam wang.
Kredit foto: medanbicara.com
Dia kemudiannya menghentak kepala salah seorang mangsanya dengan batu.
Suspek mengikat mangsa dan membawanya ke sungai berhampiran.
Mujahir dan Suniati masih hidup ketika dihumban ke dalam sungai manakala M Solihin sudah dibunuh terlebih dahulu.
Pihak berkuasa menemui telefon bimbit dan kereta sewa yang digunakan untuk membuang mayat.
Suspek didakwa dengan tuduhan merancang pembunuhan dan boleh berdepan dengan hukuman mati. -CARI |