CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1505|Reply: 6

48 Pekerja Google Terlibat Gangguan Seksual Dipecat Tanpa Pampasan

[Copy link]
Post time 26-10-2018 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Memetik laporan Malaysiakini yang ambil dari laporan Xinhua, seramai 48 pekerja syarikat Google termasuk 13 pegawai kanan dipecat atas kesalahan melakukan gangguan seksual baru-baru ini.


Kredit foto: carian internet



Perkara itu disahkan syarikat gergasi internet Amerika Syarikat (AS) tersebut hari ini melalui memo dalaman kepada pekerja syarikat.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai, pekerja yang diberhentikan itu tidak akan diberi sebarang pampasan.


Kredit foto: carian internet



Pendedahan mengejutkan itu dibuat ketika laporan terpeinci di New York Times mengenai peletakan jawatan pegawai yang bertanggungjawab menyelia jabatan perisian Android, Andy Rubin pada 2014, menerima bayaran US$ 90 juta selepas dituduh melakukan gangguan seksual.


Rubin, yang digelar 'Bapa Android' dan menyertai Google pada 2005 disiasat kerana dikatakan menjalin hubungan sulit dengan seorang pekerja bawahan.


Walaupun jurucakap Rubin menegaskan beliau meninggalkan syarikat itu atas kehendaknya sendiri dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan siasatan tersebut, laporan Times mengatakan pihak penyiasat Google percaya tuduhan terhadapnya "boleh dipercayai."- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2018 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa ceritanye ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2018 09:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2018 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya tuhan kenapa ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2018 06:32 PM | Show all posts

stare rape ni pandangan bernafsu rasanya
orang yang pandang tu ... either buat poker face and stare semacam
atau pandang dengan cara gatal atas bawah atas bawah
hingga buat empunya badan tu rasa tak selesa ...


Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2018 06:38 PM | Show all posts
Mohon pulis tangkap aimi sbb tiap kali live fb dia stare rape followers
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2018 06:49 PM | Show all posts
aku suke, aku suke...

kat opis aku masih ada jantan2 meleise yang suka buat lawak sexist tanpa rasa bersalah... harap lepas ni dorang insaf....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.037120 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list