CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2600|Reply: 14

Kalau Orang Biasa Buat Mesti Kena 'Sound' - Pandalela Terjun Kolam Dengan Jubah

[Copy link]
Post time 29-10-2018 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Majlis konvokesyen antara detik paling ditunggu-tunggu setiap graduan setelah berhempas-pulas menimba ilmu.


Setiap graduan memiliki cara tersendiri meraikan kejayaan menggenggam segulung ijazah, malah semuanya kreatif bergambar dengan jubah masing-masing.


Namun, mungkin yang paling kreatif dan unik di antara semua adalah penerjun negara, Pandelela Rinong! Mungkin dalam sejarah apabila Pandelela menyarung jubah konvokesyennya sebelum terjun ke dalam kolam renang.



  



Aksinya itu mendapat perhatian dan mencetuskan reaksi pelbagai di kalangan netizen.


Orang ramai teruja dengan cara Pandalela meraikan kejayaannya itu dan sempat memuji terjunannya menghasilkan percikan yang kecil walaupun hanya dilakukan secara santai.


Malah, orang ramai mula mencongak-congak gaya apa akan dilakukan di hari konvokesyen mereka kelak.



Pandalela 'masuk air'




Kredit foto: Twitter




Namun, aksi Pandalela turut mencetuskan reaksi kurang senang netizen yang menyifatkan ratu terjun negara itu tidak menghormati jubah berkenaan.



Kalau netizen biasa buat mesti dah kena 'sound'





Kredit foto: IG Pandalela




Bagaimanapun, Pandalela kemudian memuat naik sebuah entri di Instagram menjelaskan bahawa dia sudah membeli jubah berkenaan, jadi dia bebas melakukan apa saja dengan pakaiannya itu.





Kredit foto: IG Pandalela







Kredit foto: Twitter




Apapun, tahniah diucapkan kepada Pandelela yang menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya, minggu lalu.  - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2018 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah grad rupanya. Tahniah Pandalela, good job!
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 01:09 PM | Show all posts
Nak tau, berapa rege jbah tu kalau dibeli?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 01:17 PM | Show all posts
patut la... dia da beli, nk buat apa pun siapa kesah da hak sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasi chan la dia pandalela kot..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 02:16 PM | Show all posts
lol!
dah dia mampu beli & terjun tu pun yg mengharumkan malaysia jugak
lain orang lain la cara celebrate penat lelah masing2

not an issue at all

bodo punya netizen bbnu la ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2018 02:20 PM | Show all posts
bukan dulu da ada sorang budak pompuan uia dia bergambar dalam air ngan jubah..btw pompuan tu pn da beli jubah tu so xkisah sangat la..len la ko jnis sewa haruslah kne kecam
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 02:20 PM | Show all posts
wow baru tahu jubah konvo boleh beli.hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2018 03:39 PM | Show all posts
Apa nak heren kat Malaysia sejak kebelakangan ni ramai sangat nak jadi tukang cari salah orang sampai lupa salah sendiri pun ada juga.  Yang mereka tahu gigih cepat2 nak up komen dengan harapan ramai backing dan bagi like.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 03:59 PM | Show all posts
kepoh la... biarlah dia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
'Biarkan pandalela...terjun dengan jubah-jubahnya..'
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 11:19 AM | Show all posts
jangan lupa keringkan jubah sebelum hantar ya..kalau sewa la
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Penjeles sungguh la netizen..  
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg boleh beli pun jubah tu.. Yg semekin x mampu beli sila duk diam
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal ek topi konvo 4 segi?? Nak letak kek pengantin ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.090123 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list