|
|
Apa akan anda lakukan jika dapat berkenalan mesra dengan seorang gadis menawan, tetapi nombor telefon yang diberikan kepada anda tiada dalam perkhidmatan? Adakah anda akan mencuba sedaya upaya mencari gadis itu semula?
 Kredit Foto: CNN
Itulah yang berlaku kepada Carlos Zetina, mahasiswa University of Calgary. Beliau berkenalan dengan seorang gadis cantik bernama Nicole yang berasal dari Holland, tetapi apabila beliau cuba menghubungi nombor yang diberikan kepadanya, nombor itu tiada dalam perkhidmatan!
 Kredit Foto: Twitter
Tidak berputus asa, Carlos menyemak senarai email mahasiswa University of Calvary yang bernama Nicole dan menghantar email memperkenalkan dirinya kepada 246 orang yang kesemuanya bernama Nicole termasuk pensyarah, Dekan dan kakitangan universiti.
Giphy
Tidak cukup dengan ejaan Nicole, Carlos juga memasukkan nama yang hampir sama seperti Nicolette dan Nickie dalam pencariannya.
 Kredit Foto: Twitter
Malangnya, pencarian Carlos untuk 'Nicole dari Holland' tidak berjaya. Bagaimanapun, usaha Carlos itu berjaya menyatukan kesemua 246 'Nicole' di Universiti berkenaan.
Mereka telah berhubung sesama mereka, menubuhkan kumpulan WhatsApp dan menganjurkan majlis makan bersama. Mereka juga ada kumpulan Facebook dengan nama unik #NicolesFromLastNight.
 Kredit Foto: Twitter
 Kredit Foto: The Star
Apa pula yang terjadi dengan Nicole dari Holland? Rupanya, selepas kumpulan FB itu menjadi terkenal, Nicole yang dicari-cari pula muncul.
Nicole kini sudah kembali ke Holland dan menyatakan beliau hanyalah pelajar pertukaran dan ketika berbual dengan Carlos, beliau belum menghafal nombor barunya jadi beliau telah tersalah ketika menulisnya di atas sehelai kertas. Oleh kerana beliau juga hanyalah pelajar sementara, beliau tidak ada alamat email University of Calvary.
 Kredit Foto: Facebook
"Saya sangat gembira bergabung dengan kumpulan Nicole di Facebook" katanya yang mengakui sudah berhubung dengan Carlos, tetapi mereka hanya berkawan sahaja.
Bagi Carlos pula, beliau senang berkawan dengan Nicole sebab teman wanitanya sebelum ini juga bernama Nicole! - CARI |
|