Kredit foto:The Star/MalayMail
"Berdoalah saya tidak menjadi presiden UMNO. Perkara pertama akan saya lakukan adalah memecat kamu kerana memiliki IQ tahap lobak."
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menempelak Datuk Lokman Noor Adam selepas mengecamnya kerana bersikap kritikal terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi laman Twitter.
"Jika Khairy terus bersikap menudung jari seperti ini, jangan bermimpi boleh jadi Presiden UMNO," kecam Lokman terhadap ulasan Khairy di Twitter sebelum itu.
Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu berkata, parti itu memerlukan seorang presiden yang berani menghadapi pencabarnya, bukan pengecut dan hipokrit yang selalu menikam belakang serta berselindung di sebalik slogan 'persaudaraan'.
Khairy sebelum itu berkata, kekalahan Barisan Nasional (BN) adalah disebabkan skandal 1MDB yang kemudian ditempelak Lokman.
Kredit foto: Twitter
Menurut Lokman, Khairy yang memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO ketika zaman pemerintahan Najib, tidak menjalankan tugasnya dengan baik. - CARI |