CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15893|Reply: 136

Ratu Elizabeth Beri Amaran Meghan Markle Usah Terlalu Memilih

[Copy link]
Post time 12-11-2018 10:22 AM | Show all posts |Read mode


Ratu memberi amaran kepada Putera Harry mengenai tingkah laku dan sikap Meghan Markle yang enggan bertolak ansur mengenai tiara yang dipakainya semasa pernikahan mereka.


Campur tangan yang jarang-jarang berlaku itu tercetus selepas berlakunya rundingan tegang tentang apa yang Meghan boleh pakai semasa hari bersejarah tu.



Foto: The Sun




Menurut sumber diraja, pada mulanya Meghan menginginkan tiara yang bertatah batu zamrud, namun Duke dan Duchess of Sussex itu kemudiannya kurang gembira apabila diberitahu bahawa pilihan pertamanya adalah mustahil, kerana pihak istana tidak dapat mengenalpasti dengan tepat tiara itu berasal dari mana.


Wartawan Robert Jobson mendakwa Harry pernah berpesan kepada petugas sebelum pernikahan bahawa apa yang Meghan inginkan, dia akan dapat.


Bagaimanapun pada majlis tersebut dilihat Meghan, 37, akhirnya memakai tiara berlian dan platinum yang dipilih oleh Ratu. Namun berita mengenai perbezaan pendapat itu terus bertiup kencang dan telah menimbulkan sedikit ketegangan kepada pasangan tu dan Ratu.
  

FOto: The Sun UK



Ratu juga mempersoalkan mengapa Meghan memerlukan veil untuk perkahwinan, memandangkan ia adalah perkahwinan kedua Meghan. Tambah mengeruhkan keadaan, petugas dalam istana juga menyatakan Meghan kadangkala agak sukar dikendalikan.


"Dia mempunyai standard yang sangat tinggi kerana telah biasa bekerja dalam persekitaran Hollywood. Terdapat perbezaan dengan cara kedua-duanya menunjukkan rasa hormat. Kate sentiasa berhati-hati tentang bagaimana dia bertindak di sekeliling petugas istana," ujar mereka.


Sementara itu, apabila ditanya perihal perselisihan yang diperkatakan, jurucakap Meghan dan Harry enggan mengulas.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2018 10:58 AM | Show all posts
eh plissss la ..kalo  A list actress atau classy mcm grace kelly  boleh la ko nak mendiva.ini takat hallmark channel..ntah gred berape.diorg terima ko pun dah patut bersyukur
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
untungla putera harry sayang
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 11:02 AM | Show all posts
Dia mempunyai standard yang sangat tinggi


wooww gitew...

kalu mcm ni, x lama la dok dlm yistana
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 11:10 AM | Show all posts
mak aih... kekwatnyaaaa

sat g kne kick bru tau
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
I can always sense that Meghan is trouble from the start. Sure, her match is Harry; who is also a bad boy.

But from the stories of her family members. Those can’t all be out of spite
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2018 11:20 AM | Show all posts
kawen kali ke-2 tak boleh pakai veil ke?
baru ku tau~
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Meghan tak akan jadi sapa sapa bila Queen Camilla berkuasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2018 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Orgkgdukobesi replied at 12-11-2018 11:29 AM
Meghan tak akan jadi sapa sapa bila Queen Camilla berkuasa

Juga Meghan tak kan jadi sapa sapa bila Kate jadi Queen Consort bila William naik tahta.  Dia sekadar Duchess sajork mengikut gelaran Harry.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 11:44 AM | Show all posts
Oh pulak perangai nyer kan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai ja la tiara apa pun... nak masuk dlm keuarga dirajagg byk protokol ni mmg la..tak bebas agt.
Tgk kisah2 rasa dnasti cina, jepun la...korea la..mmg smua diatur..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari segi pemakaian pun boleh nmpk dia tak respect the code of dressing. Royal ni bila official visit or business, tak boleh pakai dress yg show their shoulder. And skirt sepatutnya paling pendek paras lutut.  Tp official visit to Australia baru ni, Meghan selamba je pakai sleeveless and skirt yg obvious nmpk lutut.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Diva kan Meghan markle ni. Jgn rebel sgt. Takut2 senang kene kick walaupun bakal ada anak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 12:12 PM | Show all posts
pfftt sources dari tabloid ke ni..?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Xlawa pn meghan nihhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 12:14 PM | Show all posts
dia tak akan jadi queen pun.sebab tu dia cmtu.relax2 menentang arus la katakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2018 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kate is better. Tapi dia ni mendiva pun bukannya actor class A. And I rasa PR team royal try hard nak tunjuk yang dia ni berjiwa rakyat and rakyat bodoh2 pun tertipu
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 12:36 PM | Show all posts
oo baru hari ni tahu dia pernah kawen..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 12:39 PM | Show all posts
i have no particular opinion on her. but reading this, and some of her family drama, i think she should show some finesse now that she has joined the royal family.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 12:51 PM | Show all posts
Tak tahulah artikel dlm benang ni betul ke idok tp personally from the start lg iols rasa Meghan ni something else yach. Entah la, iols rasa dia takkan lama kut dgn Harry tp untung la dah nak ada waris. Confirm tak payah fikir2 nak kerja meski kena talak nanti.

p.s Bukan royals tak boleh duduk silang kakikah? Tp dalam gambar tu selamba je dia silang kaki.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.129973 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list