View: 2360|Reply: 7
|
Bahagianya! 3 Beradik Ini Hamil Serentak
[Copy link]
|
|
Setiap pasangan yang berkahwin pasti berimpian untuk mendapatkan cahaya mata. Begitu juga dengan Okechi Babalola dan suaminya yang gembira mendapat khabar berita kehamilannya.
Namun, keterujaan itu lebih lagi melonjak apabila beliau mendapat tahu dua lagi kakaknya iaitu Okafor dan Ufere turut hamil pada masa sama.
Foto : Cynthia Onyejiji
"Seronok apabila kita lalui fasa yang sama dan saling memahami," ujar Babalola.
Ketiga-tiga adik - beradik yang berasal dari Nigeria ini membuat keputusan untuk mengadakan sesi bergambar bersama baby bump mereka sebagai kenangan. Mereka juga mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan kehamilan mereka bertiga di instagram menggunakan foto berkenaan yang kemudiannya tular di media sosial.
Hubungan mereka sebagai adik-beradik sangat rapat sehinggakan hamil juga pada masa yang sama. Mereka berharap anak-anak mereka kelak juga akan mempunyai pertalian yang rapat.
Foto : Cynthia Onyejiji
Foto : Cynthia Onyejiji
Semoga ketiga-tiga mereka selamat melahirkan anak masing-masing. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kalau 3 beradik ok lagi
kalau mak ngan anak sesama mengandung cam rengsa je
mak beranak anak pun beranak |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya..tapi jenuh kalau maknya kena jaga 3 anak dalam pantang |
|
|
|
|
|
|
|
Keturunan ummah kulit gelap non African American golongan middle class ke atas sentiasa nampak classy di mata akak. |
|
|
|
|
|
|
|
gud job !!
so masa pantang hubby masing2 boleh 'mengeteh kedai mamak' bersama sama
|
|
|
|
|
|
|
|
Their kids will be best friends! How nice |
|
|
|
|
|
|
| |
|