Siapa yang suka makan pedas dan daging, resipi ini untuk anda! Sesuai untuk dikongsi bersama teman-teman.
Fotoookat
Bahan-bahan:
Fotoookat
Mi secukupnya
30g kobis
50g taugeh
20g daun bawang yang dihiris nipis
Daging: Pelbagai jenis daging pilihan anda
Sos: 3 sudu besar pes cili merah
2 sudu besar gula
1 sudu besar serbuk cili merah
1 sudu besar cuka
1 sudu teh bawang putih yang dicincang,
1 sudu teh minyak bijan
Cara-cara:
1. Campurkan 3 sudu besar pes cili merah, 2 sudu besar gula, 1 sudu besar serbuk cili merah , 1 sudu besar cuka, 1 sudu teh bawang putih yang dicincang,
dan 1 sudu teh minyak bijan
2. Tambah 30g kobis yang dicincang, 50g taugeh dan 20g daun bawang
3. Tambahkan mi yang telah direbus dan campur sehingga sebati.
Fotoookat
4. Panggang daging.
Fotoookat
5. Letakkan mi di tengah-tengah dan daging yang dah dimasak di tepi.
6. Siap untuk dinikmati.
Tengok video memang kecur air liur. Tak sabar nak cuba! -CARI