Kes yang menggemparkan Australia sejak dua bulan ini kerana beberapa insiden penemuan jarum dalam buah strawberi hampir selesai berikutan tertangkapnya seorang wanita yang bekerja sebagai penyelia di sebuah ladang buah pada Ahad.
Kredit foto: Courrier Australien
Wanita terbabit, My Ut Trinh, 50, didakwa melakukan perbuatan itu kerana dendam terhadap pemilik ladang tempatnya bekerja.
Dia didakwa dengan tujuh pertuduhan di mahkamah Brisbane dan sekiranya didapati bersalah, dia boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun.
Kredit foto: Carian Google
Menurut siasatan awal polis, wanita itu bekerja di sebuah ladang di Queensland dan telah menanam jarum di dalam buah strawberi dengan tujuan untuk mencemarkannya dan mengakibatkan kerugian besar kepada pemilik ladang.
Mahkamah diberitahu bahawa My Ut Trinh melakukan perbuatan itu ketika bekerja di ladang Berrylicious di Caboolture dari 2 hingga 5 September. Difahamkan, DNA My Ut Trinh dijumpai dalam salah satu jarum dalam buah yang tercemar itu.
Kredit foto: Carian Google
Kes pertama dilaporkan pada 9 September apabila seorang lelaki hampir tertelan jarum dalam buah strawberi yang dibelinya di sebuah pasar raya.
Dengan menelusuri rangkaian pembekal strawberi, My Ut Trinh serta-merta menjadi suspek utama polis. Permohonan peguam My Ut Trinh untuk menjamin tertuduh juga ditolak kerana motif sebenar dendam belum jelas.
My Ut Trinh ialah seorang pendatang keturunan Vietnam yang sudah memiliki kewarganegaraan Australia dan memerlukan jurubahasa ketika pandakwaan.
Kredit foto: MSN
Kejadian penemuan jarum itu hampir melumpuhkan industri strawberi Australia. Sebanyak 230 insiden penemuan jarum telah dilaporkan seluruh negara melibatkan 68 jenama strawberi yang mendapat bekalan daripada ladang tersebut. Ianya mengakibatkan kekecohan di kalangan warga Australia sejak September dan dianggarkan mengakibatkan kerugian bernilai RM485 juta kerana pengguna tidak berani untuk membeli buah strawberi, lapor Reuters.
Kredit foto: ABC News
Penanam dan penjual buah juga dilaporkan terpaksa membuang bekalan buah yang tidak terjual mengakibatkan risiko kebangkrapan kepada ramai petani. Kerajaan negeri Queensland dilaporkan terpaksa memberi peruntukan sebanyak RM3 juta untuk bantuan kepada mereka. - CARI |