CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3777|Reply: 28

[Tempatan] Suami isteri ditetak perompak

[Copy link]
Post time 13-11-2018 02:41 PM | Show all posts |Read mode
eeeee .. takut nye


                       
JOHOR BAHRU 13 Nov. - Sepasang suami isteri cedera parah selepas ditetak seorang lelaki bertopeng ala ninja dalam satu kejadian di Taman Kobena di sini malam tadi.
                     
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Mohamad Omar, 67, mengalami kecederaan kedua-dua belah tangan patah, tengkorak retak selain kesan 10 tetakan di kepala.


  
Isterinya, Masiah Osman, 61, turut mengalami kecederaan parah apabila diserang dan mendapat lapan tetakan di kepala selain telinga kanan hampir putus.
Anak mangsa, Ezwan Haffez, 29, berkata, ketika kejadian, bapa dan ibunya yang juga pemilik Restoran Makanan Laut Remaja tinggal berdua berada di rumah manakala dia dan isteri serta tiga anaknya berada di restoran di Bandar Baru Uda di sini.
“Emak saya pada masa itu ada di bahagian atas rumah teres dua tingkat manakala ayah saya sedang menonton televisyen di bahagian bawah sebelum emak saya menjerit memberitahu ada kelibat manusia di bahagian tangga.
“Ayah saya kemudiaannya bergegas ke tingkat atas dan lelaki itu terus menyerang ibu dan ayah saya sebelum lelaki itu terus melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ezwan berkata, sejurus kejadian itu dia dihubungi jiran memberitahu kedua-dua ibu bapanya cedera ditetak sebelum bergegas pulang dan mereka dikejarkan ke hospital.
Mohamad kini dilaporkan stabil sedang dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) manakala Masiah dirawat di hospital swasta KPJ Puteri. - UTUSAN ONLLINE






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2018 02:51 PM | Show all posts
Alhamdulillah selamat.....

kenapa lah nak tetak tetak....
nak rompak, amik je lah apa yg nak....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 02:54 PM | Show all posts
Mengerikan nasib tak hilang nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Perompak tu berapa orang? Cepat2lah mampos!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 02:56 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 03:00 PM | Show all posts
salam takjiah...ngerinya lihat darah






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2018 03:01 PM | Show all posts

Tauke restoran, isteri parah ditetak





PEMILIK restoran dan isterinya parah ditetak beberapa kali dengan parang oleh lelaki tidak dikenali di rumah mereka di Taman Kobena, Johor Bahru, semalam.

Dalam kejadian jam 10 malam, mangsa Mohamad Omar, 67, yang juga pemilik Restoran Makanan Laut Remaja di Bandar Baru Uda dan isterinya, Masiah Osman, 61, tinggal berdua di rumah sebelum didatangi suspek.

Anak lelaki mangsa Ezwan Haffez, 29, berkata ketika kejadian bapanya sedang menonton televisyen di tingkat bawah, manakala ibunya berada di tingkat atas.

“Mak kemudian keluar dari bilik dan ternampak ada orang di tangga sebelum menjerit dan memanggil ayah. Lelaki itu kemudian dilihat mengangkat parang lalu menyerang ayah yang ketika itu naik ke atas sebaik mendengar jeritan mak.

“Mak cuba menyelamatkan ayah, namun mak pula yang diserang. Lelaki itu kemudian terus menyerang ayah sehingga ke luar rumah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Ezwan, lelaki itu datang seorang diri dan menutup muka menggunakan baju yang dipakai selain berseluar pendek.

Katanya, lelaki itu dipercayai masuk ke dalam rumah dengan melalui pintu di beranda luar.

“Setiap malam, mak dan ayah memang berdua di rumah sambil menunggu kepulangan saya dari restoran kerana mereka menjaga restoran pada waktu siang dan saya menjaga restoran pada waktu malam.

“Tiada apa-apa situasi mencurigakan malam tadi (semalam), malah kami tidak syak sesiapa pun kerana percaya kami tiada musuh.

“Mak dan ayah tidak tahu apa motif mereka diserang kerana jika mahu merompak, mak sudah bertanya kepada lelaki itu apa yang dia mahu, tetapi lelaki itu tidak berkata apa-apa dan hanya bertindak menyerang mereka berdua, malah tidak mengambil sebarang barang sebelum dia melarikan diri,” katanya.

Ezwan yang kemudian bergegas pulang ke rumah selepas dimaklumkan kejadian oleh jirannya, mendapati kedua-dua ibu bapanya berlumuran darah dengan bapanya terbaring di luar rumah.

Katanya, menurut doktor bapanya dipercayai ditetak hampir 10 kali di kepala, selain mengalami tengkorak retak, kedua-dua tangan patah dan kesan tetak di pipi, manakala ibunya terdapat antara tujuh hingga lapan kesan tetakan di kepala dan telinga hampir putus.

“Ayah kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), manakala mak berada di Hospital KPJ Puteri dan mereka berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Bagaimanapun, katanya, polis masih menunggu laporan penuh dan sedang mengumpul keterangan keluarga dan saksi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 November 2018 @ 2:51 PM
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 03:09 PM | Show all posts
allahurobbi..  meols selalu jaa gi makan kat restoran pakcik / makcik ni kat depan masjid BBU.

semoga pakcik / makcik cepat sembuh hendaknya.

celaka punya penyamun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2018 03:12 PM | Show all posts
semoga penjahat tu mampus digelek lori..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga diberi kesembuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu aku selalu tapau kat kedai ni..

Bongok nak rompak rompak je lah ko pi tetak orang tua buat apa.. Patah tangan dedua lak tu. Lahanat betoi lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 03:47 PM | Show all posts
Themilo replied at 13-11-2018 03:09 PM
allahurobbi..  meols selalu jaa gi makan kat restoran pakcik / makcik ni kat depan masjid BBU.

s ...

uols org uda ka? pakcik tu mmg baik. kalau bayar masa sarap selalu lebih kurang jek. semoga pakcik n makcik cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 03:53 PM | Show all posts
amal12bh replied at 13-11-2018 07:47 AM
uols org uda ka? pakcik tu mmg baik. kalau bayar masa sarap selalu lebih kurang jek. semoga pa ...

rumah meols pun memang kat situ. nanti boleh la kita ngeteh sesama chuols
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 03:53 PM | Show all posts
perompak yg tetak org dgn parang mmg napak kejam.

sepatutnya perompak tu mesti letupkan org guna c4
baru la napak sopan dan baik.

tapi,
kita harap netizen jgn arr dok ulang pasal kesalahan perompak tu merompak.

mari pertikaikan kemampuan pasangan yg kene rompak tu nak hidup.
pasangan tu takperlu sebut pasal rompakan yg dah berlalu.
kalu bank tanya pasal hutang, anak2 tanya pasal duit.
pasangan tu takperlu la dok ulang pasal duit takdak kene rompak.
...plisss.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 04:08 PM | Show all posts
dendam kot ni
takde ambik barang apa pun
ke tak sempat?
gila laa mujur tak mati je
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 04:12 PM | Show all posts
kejammnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2018 04:14 PM | Show all posts
Modngengade replied at 13-11-2018 03:01 PM
PEMILIK restoran dan isterinya parah ditetak beberapa kali dengan parang oleh lelaki tidak d ...

dendam atau sakit hati lah kot motif nya, sebab kalau takat merompak, ambik jelah barang berharga ni mcm niat nak membunuh je
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 04:26 PM | Show all posts
lemah satu badan tengok pic banyak darah tu.. semoga dpt tangkap penjenayah kejam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 04:39 PM | Show all posts
tahan je laa...melawan balik kang...silap² pak cik ngan makcik plak yang bersalah.....ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 06:38 PM | Show all posts
Uisshhh. Gila betul penjenayah ni. Semoga dapat ditangkap.

Takziah kepada mangsa. Semoga cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.503606 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list