Syarikat penerbangan AirAsia baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan menggantung penerbangan ke New Zealand untuk menumpukan fokus utama terhadap pasaran Australia, China, Jepun dan India.
Kredit foto : airasia.com
Ini merupakan kali kedua penerbangan ke New Zealand dihentikan dalam masa tujuh tahun. Terdahulu, AirAsia pernah menjadikan Christchurch, New Zealand sebagai salah satu destinasi penerbangannya sebelum menghentikannya.
Susulan pengumuman itu, ramai penduduk New Zealand memberi reaksi berbeza terhadap isu tersebut.
Pengguna Facebook berkongsi pengalaman buruk mereka sepanjang menaiki penerbangan bersama AirAsia dan mereka berasa lega dengan keputusan syarikat tersebut.
Sumber : Facebook Nz herald
Namun, terdapat juga komen positif yang mempertahankan syarikat AirAsia, dengan mengutarakan isu tambang murah yang ditawarkan syarikat berkenaan.
Ada juga yang mengatakan mana-mana syarikat penerbangan terbaik sekalipun, boleh menjadi penerbangan terburuk mengikut pengalaman masing-masing. Maka, AirAsia tidak patut dipersalahkan.
AirAsia di dalam temu bual terdahulu menyatakan penduduk New Zealand biasanya hanya menggunakan perkhidmatan yang mereka telah biasa gunakan dan percayai sahaja. Maka tidak hairanlah jika ia tidak membawa keuntungan besar buat syarikat AirAsia.
Apa-apapun, AirAsia sememangnya sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang hebat dan berdaya saing. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bangga dengan pencapaian AirAsia. Semoga AirAsia dapat terus menawarkan kadar tambang murah sesuai dengan tagline Now Everyone Can Fly. - CARI |