Stefano Gabbana (kiri) dan Domenico Dolce (kanan). Kredit foto: The Independent
Gara-gara mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman, pengasas Dolce & Gabbana tampil meminta maaf kepada rakyat China melalui rakaman video yang dimuat naik pada 23 November.
Memetik laporan South China Morning Post, Stefano Gabbana dan Domenico Dolce berbuat demikian setelah komen Gabbana dalam Instagram yang bermaksud "China adalah sebuah negara t***" menjadi tular.
Kata-kata kesat Gabbana itu menyebabkan syarikat fesyen terkemuka dari Itali tersebut menerima kecaman banyak pihak dan terpaksa membatalkan pertunjukan fesyen di Shanghai.
Peruncit-peruncit di China dan Hong Kong juga telah menghentikan jualan produk Dolce & Gabbana.
Kredit foto: The Independent
Sebelum ini, Dolce & Gabbana dikritik berikutan iklannya yang memaparkan seorang model berketurunan Cina yang berdepan kesukaran ketika memakan makanan Itali seperti pizza dan cannoli menggunakan penyepit.
Dalam video tersebut, Gabbana dan Dolce menyatakan mereka menyukai serta menghormati budaya masyarakat Cina.
"Kami secara jujur meminta maaf kepada kaum Cina di seluruh dunia," kata Gabbana.
"Kami berharap salah faham kami tentang budaya kaum Cina dapat dimaafkan," tambah Dolce.
Kedua-dua mereka mengakhiri rakaman video itu dengan mengucapkan perkataan "maaf" dalam bahasa Mandarin.
Memang benarlah bila orang tua berkata, kalau terlajak kata buruk padahnya. - CARI
Post time 26-11-2018 11:26 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mestilah kene minta maaf, klu pegi Italy, yg beratur panjang nk masuk boutique LV or Prada bukan mat salleh tp PRC
The white cuma jalan2 pakai selipar with their backpack & camera je, dorang go for experience & nature
PRC dtg oversea habis berpuluh ribu one day kat boutique
Post time 26-11-2018 02:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Cina2 urban tanah besar dan SEA tidak terasa hina dgn iklan ini. Set2 ketuanan Cina memang ade. Bila tanye ape masalah satu video nak kecoh, diorang kate ni bukan pertama kali D&G hina Cina.
Anyway, D&G adalah barangan mewah target pengguna pasaran kaya. Kena lah pandai2lah bila engage market yg budaya dan sosio-politik yg berbeza
ish cari pasal dgn cina.x tau ke china skrg negara kuasa besar.even mark zuckerberg pong kawen chinese lady sbb dia tau bahasa cina skrg bahasa ekonomi