|
Seorang kanak-kanak lelaki dipaksa bapanya untuk melakukan hubungan seks dengan ibu tirinya bagi menyembuhkannya daripada 'penyakit' gay (homoseksual).
Memetik Mirror, Daniel Dowling yang kini berusia 36 tahun mendakwa dia dipaksa menonton pornografi ketika berusia 11 tahun.
Lebih menjelikkan, Dowling dipaksa melakukan hubungan seks dengan bapa dan ibu tirinya, Annette Breakspear di kediaman mereka di Bracknell, Berkshire.
Lelaki itu mendakwa hingga kini, dia masih trauma dengan bau minyak wangi ibu tirinya itu walaupun lebih 20 tahun sudah berlalu.
Ketika perbicaraan, bapanya, Richard, 62, berkata, dia melakukannya kerana tidak mahu Dowling menjadi seorang gay.
Richard yang ketika kejadian berusia 38 tahun mengaku akan memukul anaknya jika mangsa enggan bersetubuh dengan isterinya.
Difahamkan, selama lebih tiga tahun dia memaksa Dowling menyentuh Annette dan memberinya kucupan sebelum tidur ketika wanita itu digari di katil dalam keadaan berbogel.
"Dia (Annette) selalu beri arahan tentang apa yang patut saya lakukan. Kadang-kadang apabila bapa saya tiada di rumah, dia akan mengajak saya masuk ke biliknya untuk melakukan hubungan intim," kata Dowling.
Penderaan seksual itu berakhir apabila Richard bercerai dengan Annette pada 1996, namun Dowling kemudian menjadi sasaran seorang pedofilia ketika berusia 16 tahun.
Dia mendedahkan perkara itu kepada polis selepas menemui beberapa gambarnya di rumah pedofilia itu. Namun, selepas bapa dan ibu tirinya disoal siasat, tiada sebarang tangkapan dibuat.
Mahkamah mengkritik pihak polis kerana tidak memberi layanan baik selain tidak mempercayai Dowling ketika mengambil keterangannya dalam rakaman soal siasat pada 1998.
Kredit foto: Mirror
Pada 2015, Dowling berjaya merakam pengakuan bapanya mengenai serangan dilakukan terhadapnya. Namun, Richard mendakwa dia melakukannya kerana mengalami kemurungan. - CARI |
|