Setiap kali mendaftar masuk ke mana-mana hotel, benda yang akan dihulurkan kepada penginapnya pastinya kunci atau kad kunci bilik yang ditempah. Mana-mana bilik hotel sekali pun tidak akan lengkap tanpa kunci baik manual mahu pun sistem kunci automatik. Kita tidak akan rasa selamat jika pintu tidak dikunci semasa tidur di hotel, betul atau tidak?
Namun tidak bagi Mi-Pad Smart Hotel. Pengunjung yang menginap di hotel ini tetap rasa selamat walaupun tidak dibekalkan dengan kunci bilik. Anda nak tahu mengapa? Jom baca KEISTIMEWAAN hotel Mi-Pad!
Mi-Pad Smart Hotel mempunyai 6 tingkat, dengan jumlah keseluruhan 57 buah bilik. - Kredit foto : news.com.au
Sebenarnya Mi-Pad Smart Hotel adalah sejenis hotel pintar. Seperti mana konsep telefon pintar, begitulah juga hotel pintar. Ia merupakan hotel pintar pertama di New Zealand! Mi-Pad Smart Hotel baru sahaja dibuka baru-baru ini di Queenstown. Harga setiap bilik serendah RM 660!
Pengunjung memilih warna ungu untuk pencahayaan bilik mereka. Kredit foto : news.com.au
Memandangkan ia menggunakan sistem teknologi tinggi, pengunjung perlu memuat turun aplikasi khas ke dalam telefon pintar atau peranti mereka. Aplikasi itu diberi nama Mia yang dicipta khas oleh hotel tersebut.
Dengan aplikasi Mia, pengunjung boleh mengunci serta membuka kunci automatik pada pintu bilik hotel mereka menggunakan fungsi yang disediakan.
Kredit foto : Nz Herald
Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh memilih sendiri warna pencahayaan untuk bilik mereka, memanaskan suhu bilik, memesan tuala baru, menghantar pesanan kepada tetamu bilik lain, mencari lokasi restoran berdekatan atau kaji cuaca serta banyak lagi hanya dengan menggunakan aplikasi Mia.
Terdapat wifi percuma bagi setiap bilik serta lampu sensor cahaya di bilik mandi. Mesin ais dan mesin vending disediakan di setiap aras bagi memudahkan pengunjung untuk menikmati minuman kopi, teh, serta bijirin sarapan.
Apa yang paling menarik mengenai hotel ini ialah pengunjung bebas mendaftar masuk dan keluar pada bila-bila masa siang atau malam, hanya dengan menggunakan aplikasi tersebut.
Walau bagaimanapun, hotel Mi-Pad ini tetap menyediakan pekerja yang ramah dan sangat membantu.
Jom layan gambar suasana bilik-bilik di hotel tersebut serta kemudahan yang ada.
Kredit foto : news.com.au & agoda
Wah, segalanya sungguh mudah di Hotel Mi-Pad! Apa lagi yang anda mahu? - CARI |