Sebaik sahaja menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi, perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh para graduan ialah untuk menyarung jubah konvokesyen dan menerima skrol di majlis konvokesyen yang diadakan oleh pihak universiti atau kolej. Ia sudah pasti mencipta sejarah dan memori terindah dalam hidup setelah beberapa tahun berusaha bersungguh-sungguh menamatkan pengajian mereka.
Perasaan menyarung jubah konvo sempena hari konvokesyen adalah suatu yang sangat membanggakan dan menyeronokkan. Ia bukannya selalu tetapi mungkin hanya sekali dalam seumur hidup. Jadi, rata-rata para graduan akan menggunakan peluang yang ada untuk mengabdikan kenangan mereka menyarung jubah konvo mereka dengan mengambil seberapa banyak foto malah ada yang menggunakan khidmat jurufoto untuk mendapatkan gambar yang lebih cantik untuk dijadikan kenangan.
Bagaimana pun, seorang pengguna twitter ini telah mengecam seorang graduan yang memuat naik gambarnya memakai jubah konvokesyen di sebuah kawasan air terjun. Mungkin ingin mencipta kelainan dan menjadikan kenangan yang tidak akan dilupakan dalam hidupnya, dia telah membasahkan jubah konvokesyen yang disarungnya itu dan mengambil beberapa keping gambar dengan pelbagai aksi.
Janganlah basahkan jubah tu...
Dari segi etika, jubah konvokesyen hanya diberi sewa untuk jangka masa yang ditentukan dan graduan wajib menjaganya dengan baik kerana ia perlu dipulangkan semula. Malah, ia sepatutnya tidak boleh dibasahkan dan perlu dicuci dengan kaedah cucian kering bagi mengelakkan kerosakan pada benang sulaman. Seterusnya, jubah tersebut akan diulang pakai oleh graduan pada majlis konvokesyen pada tahun berikutnya.
Dah konvo pun bodoh
Rata-rata netizen bersetuju dengan teguran lelaki ini dalam status twitternya. Mereka turut mengecam dan menganggap ia merupakan suatu perkara yang bodoh dan tidak boleh diterima apabila ia dilakukan oleh seorang individu terpelajar.
Kena beli kalau nak buat sesuka hati
Jubah konvokesyen bukanlah murah dan setiap graduan perlu menjaganya dengan baik tanpa membuat kerosakan. Netizen menyuruh graduan tersebut membeli jubah konvokesyen tersebut jika ingin melakukan sesuka hatinya.
Trend konvo yang melampau
Bukan apa, makin lama, makin mengarut pula trend konvokesyen sekarang. Para graduan masing-masing berlumba-lumba untuk mencipta kelainan dan menarik perhatian orang ramai dengan idea kreatif dan luar biasa mereka semasa menyarung jubah konvokesyen. Termasuklah apa yang dilakukan oleh graduan ini sehingga dilihat sudah hilang rasa hormat pada jubah konvokesyen.
Kesian...gambar takdelah cantik pun
Malah, ramai netizen yang mengecam gambar yang diambil tidaklah secantik mana. Ia seakan tidak berbaloi dengan apa yang dilakukan tetapi teruk dikecam oleh netizen.
Jadi, janganlah bersikap pentingkan diri demi memuaskan hati dan melahirkan rasa gembira yang teramat. Benarlah, peluang menyarung jubah konvokesyen bukanlah selalu, tetapi abadikan kenangan tersebut dengan cara yang lebih beretika. - CARI |