Media sosial digunakan untuk berinteraksi dengan pengguna internet sekaligus berkongsi info bagi menambah ilmu pengetahuan. Namun, disebalik itu ada sahaja yang menyalahgunakannya ke arah kepentingan diri sendiri sepertimana yang didedahkan oleh netizen ini di Twitter.
Dua akaun Twitter ini telah menggunakan gambar-gambar individu lelaki dan perempuan tanpa izin di laman akaunnya. Tidak hanya itu, mereka juga mencipta identiti yang tidak benar terhadap gambar tersebut seperti meletakkan tempat lahir yang salah dan sebagainya.
Hal ini menyebabkan netizen yang gambarnya disalahgunakan berasa teraniayai. Lebih menyedihkan apabila meminta akaun tersebut memadam gambar itu, mereka pula diugut dengan bayaran tunai pula. Sudahlah teraniayai, dibuli lagi membuatkan ramai yang mahu kedua-dua akaun tersebut diambil tindakan tegas.
Kredit foto: Twitter
Dua akaun tersebut yang menggunakan nama @malaygirlcrush dan @malayboycrush dipercayai dikendalikan oleh orang yang sama kerana beberapa persamaan antara kedua-dua akaun tersebut. Banyak gambar remaja yang berusia belasan tahun hingga umur 20an menjadi mangsa yang gambarnya dicuri dan dijadikan bahan untuk akaun mereka.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
"Apa celakanya curi gambar orang lepas tu nak delete kena bayar. Bodoh betul!"
Ramai yang meminta pemilik akaun Twitter tersebut memadam gambar-gambar mangsa kerana ia tidak mendapat keizinan pemiliknya. Ada diantara mereka sebenarnya hanya berkongsi di laman sosial media secara tertutup, tetapi boleh pula tersebar kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Lebih menakutkan, akaun ini juga berkemungkinan besar menjadi sarang penjenayah pedofilia mencari mangsa mereka.
"Tak tau kenapa akaun ini wujud, nak promosi atau tambah follower?"
Sudahlah tidak mendapat kebenaran daripada pemilik gambar tersebut, mereka yang berada disebalik tabir akaun ini juga sengaja mengambil kesempatan diatas kelemahan orang lain. Oleh sebab itu, Injang menyeru pengikutnya supaya membuat laporan terhadap kedua-dua akaun tersebut yang telah menyalahi peraturan Twitter itu sendiri.
Kredit foto: Twitter
Setelah didesak, ini jawapan akaun tersebut mengapa dia meletakkan gambarnya
Sajat turut dijadikan calon lelaki di @malayboycrush
Bagaimanapun, ada juga makhluk yang seolah-olah menyokong perbuatan dua akaun tidak bermoral ini dengan andaian itu adalah salah pemilik gambar meletakkan gambarnya di media sosial, jadi tidak salah untuk menggunakannya kembali. Namun ulasan tersebut dibidas kembali oleh netizen lain yang memberi jawapan padu.
Setakat artikel ini ditulis, nampaknya akaun @malaygirlcrush sudah tidak lagi dijumpai (kemungkinan besar telah dipadamkan oleh Twitter) kerana ramai yang telah membuat aduan. Manakala akaun @malayboycrush pula masih beroperasi seperti biasa. Ternyata apa sahaja gambar yang dimuatnaik di media sosial sudah tidak selamat lagi kerana ia boleh disalahguna oleh pihak tertentu. - CARI
|