View: 7373|Reply: 87
|
Puak Asli Bunuh Warga Amerika Cuba Melawat Pulau Mereka Yang Terasing
[Copy link]
|
|
Sekumpulan puak terasing yang tinggal di Kepulauan Andaman berdekatan India dipercayai memanah mati seorang lelaki warga Amerika apabila cuba mendekati dan melawat perkampungan mereka tanpa izin.
Kredit foto: Buzzfeed
John Allen Chau, 27, seorang pengembara dan mubaligh, berniat menyebarkan ajaran Kristian di kalangan puak Sentinelese iaitu antara beberapa puak yang belum pernah terdedah kepada dunia luar.
Laporan polis merekodkan John Allen sudah tinggal di Pulau Andaman sejak 16 Oktober dan pada 14 November, beliau meminta bantuan nelayan untuk membawanya masuk ke Pulau North Sentinel berhampiran tempat puak itu tinggal.
Sebaik menghampir pulau berkenaan, John Allen menyambung perjalanannya dengan kayak sementara nelayan itu kembali ke Pulau Andaman. John dikatakan membawa bersamanya hadiah termasuk bola, mata kail, gunting dan ubat-ubatan.
Kredit foto: The Telegraph
Bagaimanapun, mayat John Allen kemudiannya dilihat tersadai di tepi pantai tiga hari kemudian oleh sekumpulan nelayan.
Nelayan yang tidak berani mendekati pulau itu memaklumkan penemuan mereka kepada pihak berkuasa dan berita itu kemudian sampai kepada keluarga John Allen di Amerika Syarikat yang membuat laporan kepada Konsulat Amerika Syarikat di Chennai. Laporan susulan menyatakan puak itu dilihat menanam mayat John di kawasan pantai berdekatan.
Kredit foto: Gentside
Beberapa hari lalu, keluarga John Allen menerusi laman sosial memberi penghormatan kepada mendiang dan menyatakan kesedihan mereka di atas kematiannya. Mereka juga memaafkan puak Sentinelese yang dipercayai bertanggungjawab membunuhnya.
Susulan kematian lelaki itu, polis menahan beberapa nelayan yang disyaki membantunya menyelinap masuk ke pulau larangan berkenaan.
Kredit foto: Buzzfeed
Kredit foto: Carian Google
Menurut Shopie Grig, seorang pakar penyelidik dari Survival international, puak Sentinelese berkemungkinan besar menyangka John Allen berniat jahat.
Kini, puak itu dipercayai hanya tinggal 100 orang dan tidak mempunyai sebarang imuniti terhadap jangkitan penyakit. 'Sekiranya John Allen berjaya bergaul dengan mereka, puak itu akan lenyap serta merta kerana tidak ada daya ketahanan badan untuk melawan sebarang penyakit moden, kata pakar penyelidik itu.
Kredit Foto: Instagram
Kerajaan India mengambil pendekatan memerhati puak itu dari jauh. John Allen juga bukanlah orang pertama yang terbunuh. Pada tahun 2006, dua nelayan asing yang menangkap ikan secara haram berdekatan pulau itu juga dijumpai mati dengan kesan anak panah di seluruh tubuh mereka. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Org puteh ni bodow feeling suci nk jd hero kat tpt org. Hellloooo.. Fix ur own people first lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita zaman purba paleolitik ke sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-11-2018 12:51 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Puak mcm ni tiada imuniti penyakit. Kena jangkit kuman yg lain sikit dari kita pun boleh sebabkan kematian.
Tp sy pernah baca artikel ada puak terasing yg kebal malaria. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg kau pi kacau tempat diaorg tu buat apa. Byk lg tempat lain blh pergi dlm dunia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-11-2018 12:55 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mirandanicky1 replied at 30-11-2018 12:53 PM
Yg kau pi kacau tempat diaorg tu buat apa. Byk lg tempat lain blh pergi dlm dunia ni
Kristian pun ada agamawan yg konsep nak sebarkan ajaran dia kpd orang kafir sis. |
|
|
|
|
|
|
|
maybe puak2 ni penah kena kacau dulu....tu sebab diorg jadi defensive sgt |
|
|
|
|
|
|
|
si amerika ni takkan tak thu yg dorang tu tak nk berdunia lnsg dgn org luar,cari penyakit |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-11-2018 01:04 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Dia tak tahu kot. Siap bawa hadiah macam2 ni
Masalanya bahasa puak ni tak ada siapa yg tahu |
|
|
|
|
|
|
|
Eskimo: 'If I did not know about God and sin, would I go to hell?' Priest: 'No, not if you did not know.' Eskimo: 'Then why did you tell me?'
|
|
|
|
|
|
|
|
Cashhhhhhhhhhhhh
Diorg ni semua antibodies x mcm kita2 ni semua. Diorg senang kena penyakit kalau jumpa org luar. Ada rumours dlu kata diorg ni sebenarnya ok je dgan org luar, cuma ada sekali tu org luar dtg dan bawak keluar beberapa org dari pulau tu, bila diorg hantar balik depa ke pulau tu, semua yg keluar dari pulau bersama org luar tu mati.... org kata sebab kena penyakit... sejak dari tu org pulau tu anti dgan mana2 org luar yg cuba masuk pulau diorg. |
|
|
|
|
|
|
|
buapakperut replied at 30-11-2018 01:20 PM
Eskimo: 'If I did not know about God and sin, would I go to hell?' Priest: 'No, not if you did not k ...
Sbb tu pd iols, agama ni semua lebih pd nak kawal manusia drpd buat jahat. Tapi skrg ramai org ada agama lg jahat drpd org takde agama. How ? |
|
|
|
|
|
|
|
kaka nak tanya siapa curi kapur kasut sekolah anak kaka dan sapu pada orang asli
|
|
|
|
|
|
|
|
mesti dlu pnh jd pape kt dorg smpi dorg defensive mcm tu utk protect puak die..
yg kokusen ni pn sibuk nk jd hero dh knp..kalau dorg nk dgn org luar..xde nye dorg asingkn diri jauh dr dunia luar..laen kali selubung dgn baju kebal dr kne panah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Susah nak dapatkan mayat tu dalam pada masa yang sama nak 'jaga' puak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena jaga maruah diorang sis
Nanti kena panah
|
|
|
|
|
|
|
|
They gave us bible....they took our land....
You leave them alone you piece of shit! |
|
|
|
|
|
|
|
Tiba2 teringat peristiwa MH370 yang dikatakan jatuh di lautan andaman |
|
|
|
|
|
|
| |
|