CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15523|Reply: 18

Pernah Dipanggil Lubuk Santau, Tapi Gerik Antara Pekan Wajib Singgah. Sebab Apa?

[Copy link]
Post time 3-12-2018 12:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by NmeeraR at 4-12-2018 03:20 PM

Suatu ketika dulu, pekan ini pernah digemparkan dengan tempat berlakunya santau angin secara berleluasa. Namun berita itu sudah lama berlalu. Kesahihanya pun tidak dapat dipastikan.
Foto: Carian Internet
Kini tiada apa yang perlu dirisaukan. Gerik yang ditakuti adalah antara tempat yang perlu anda kunjungi andai ke sebelah utara. Apa yang terbaik di GERIK?  


Tahukah anda pekan kecil ini adalah antara pekan yang mempunyai tempat makan menarik dan sedap?


Sisca Cafe

Foto: Carian Internet
Antara Menu menjadi kesukaan ramai adalah Boat Noodle, Chicken Chop, Spaghetti, Porridge, Mochi dan banyak lagi. Jangan risau mengenai harga, ia sangatlah berpatutan dan murah.



Pasar Malam
Foto: Carian Internet
Pasar malam gerik juga disenaraikan tempat makan terbaik. Antara makanan popular adalah Young Tau Foo Ayu, Cucuk-Cucuk Goreng bersama Sos Masam Manis , Apam Balik Minangkabau, Bihun Soto, dan banyak lagi.  Pendapat penulis, ia adalah antara pasar malam yang mempunyai kepelbagaian makanan yang sangat sedap.

Waktu Operasi :  Jumaat (Petang - 11.00pm)

Lokasi : Maybank Gerik | Belakang Maybank,


Restoran Famidah

Foto: Carian Internet
Ini adalah salah satu restoran 24 jam di Gerik yang sentiasa dipenuhi orang kerana masakan mamak dan masakan melayu yang tidak kurang enaknya. Selain itu banyak lagi kedai mamak di sekitar kawasan Gerik.

Lokasi :  Berhadapan Perhentian Bas Gerik | Belakang  KFC.


Thirty Cafe
Sumber dari thirtycafe.gerik
Jika anda inginkan makanan panas, gorengan dan western. Apa kata anda cubanya sendiri di sini. Pasti tidak mengecawakan. Tom Yam di sini adalah antara yang terbaik.

Dataran Gerik/Hentian Bas Gerik
Sumber dari internet
Ingin hirup angin malam dan lebih santai?Apa kata anda lepak di sini dan melengkapi malam lepak anda dengan Char Kuey Tiaw di sini adalah suatu perkara wajib dilakukan. Terdapat dua gerai di sini, penulis mencadangkan anda cuba gerai Char Kuey Tiaw yang paling hampir dengan jalan raya  utama.

Castella Cafe
Sumber dari internet

Rasakan sendiri keunikan menikmati masakan kampung dihidangkan di dalam buluh yang pasti membuka selera anda. Tambah pula,  tempat makan di sini dibina di atas rakit dan dalam air, menampakkan kawasan ini begitu traditional dan kreatif. Anda juga boleh berehat dan menikmati hidangan di dalam pondok buluh  seperti  mengimbau zaman dulu kala.
Sumber dari internet

Sebelum berkunjung ke sini, anda boleh menghubungi mereka untuk membuat tempahan terlebih dahulu kerana cafe ini hanya menyediakan hidangan yang fresh untuk anda.
Facebook : castellacafe | No Tel : 01120503454



Selain itu terdapat beberapa restoran lain sesuai untuk anda bersarapan pagi dan makan malam. Tanya saja warga gerik, pasti ada yang mengetahuinya.



Tahukah anda Gerik juga mempunyai destinasi menarik yang boleh anda kunjungi? Yang pasti salah satunya adalah Hutan Belum/Royal Belum.

Royal Belum

Foto: Carian Internet
Antara yang menarik, Royal Belum Resort, Hentian Royal Belum, Houseboat, Kawasan Memancing, Air Terjun, kampung orang Asli dan banyak lagi.


Lapangan Terbang Gerik

Foto: Carian Internet
Selain digunakan sebagai landasan untuk mendarat, ia tempat riadah utama untuk warga Gerik dan merupakan tempat diadakan sebarang Majlis.


Mendaki Gunung Pulut dan Gunung Kerunai/Kenderong
Sejak beberapa tahun ini Gerik juga terkenal dengan ekspedisi mendaki Gunung Pulut dan Gunung Kerunai/Kenderong. Ia cukup terkenal dalam kalangan pendaki untuk melihat awan karpet atau bukit atas awan. Pemandangan di sana cukup mengindahkan.



Gunung Pulut


Gunung Kerunai

Namun dikatakan Gunung Kenderong tidak selamat didakibuat masa ini berikutan dari tanah runtuh yang berlaku.



Dataran Loma

Foto: Carian Internet
Musim ikan Loma hanya terdapat di Gerik -Lenggong.


Menarik bukan?  Ada yang pernah berkunjung ke Pekan Gerik ke? -CARI

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2018 12:43 PM | Show all posts
Patut highlight juga nasi ikan rebus, ikan pekasam & kuih-muih comel-comel dkt pasar pagi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan bandar santau sepatutnya gopeng ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 01:23 PM | Show all posts
Bagus ada info sebegini boleh tambah pengetahuan buat yang belum pernah sampai kesana
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
baca mastika dulu2 katanya yang kuat santau kat gopeng? yeke ke dak? sampai airborne lagi santaunya kat pekan dan kedai2 makan
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 04:26 PM | Show all posts
pernah stay 3 hari 2 malam di Kg Ulu Kenderong, Gerik. student asing pun teruja tengok area kampung ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-12-2018 06:37 PM | Show all posts
buapakperut replied at 3-12-2018 02:46 PM
baca mastika dulu2 katanya yang kuat santau kat gopeng? yeke ke dak? sampai airborne lagi santaunya  ...

Pernah dengar jugak. dan salah satunya pekan gerik juga dalam senarai. Tapi tidak pasti betul atau tidak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2018 06:38 PM | Show all posts
syadq replied at 3-12-2018 12:43 PM
Patut highlight juga nasi ikan rebus, ikan pekasam & kuih-muih comel-comel dkt pasar pagi tu.

wah kuih muih pun ada... ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2018 06:40 PM | Show all posts
Edited by ded1 at 3-12-2018 06:42 PM

Buat @NmeeraR dan semua,

Daerah Gerik di Perak masih terdapat ramai pengamal / bomoh santau sehingga ke hari ini. Jadi berhati-hatilah sentiasa terutama di "musim serangan".

Kenyataan anda tentang tidak pasti kesahihan berita atau dan "sudah lama berlalu" adalah TIDAK TEPAT.

Santau hanya menunggu mereka yang "leka" dan bakal menjemput anda ke "negeri abadi" kelak :-)

* jerat tidak akan pernah melupakan pelanduk, tetapi pelanduk adakala melupakan jerat yang menunggu...*

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2018 06:45 PM | Show all posts
Edited by NmeeraR at 4-12-2018 03:14 PM

best

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2018 06:57 PM | Show all posts
ded1 replied at 3-12-2018 06:40 PM
Buat @NmeeraR dan semua,

Daerah Gerik di Perak masih terdapat ramai pengamal / bomoh  ...

Di mana-mana pun ada sebenarnya.. Baik pekan kecil atau bandaraya sebenarnya. Ada baiknya sentiasalah berjaga-jaga . Terima Kasih untuk peringatan @ded1
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Thread all
about perak takde ye? Cari tak jumpa pun
Iols nak g perak bulan ni misi nak cari barang2 lama antik or tradisional utk props.
Cadang nak g pasar karat ipoh, kuala kangsar dan lain2.
Susah gak nak cari hotel yg sesuai tuk bermalam yg berdekatan ngn pasar karat tu. yg ade apartmen tuk duk beramai2.
Ade yg murah dan sesuai tuk duduk 4 beranak tp jenis share bathroom plak.
Ade yg kena deposit dulu, kalau boleh xnk prepayment dan nak yg free cancellation.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 02:42 PM | Show all posts
tak pernah sampai gerik lagi...macam menarik jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2018 03:05 PM | Show all posts
puanbintang replied at 4-12-2018 02:42 PM
tak pernah sampai gerik lagi...macam menarik jugak

gerik banyak jugak tempat makan sedap n harga pun tak mahal mana.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 10:24 AM | Show all posts
pernah gi gerik sekaliii je. tu pun sbb antar tantin kezen i yang dpt org belah2 sana. meols suka ya pekan gerik tu. dan jln gerik tu pun meols sukaaa. duduk satu malam kat rumah rehat kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
I tought lenggong yang femes santau2 ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 11:54 AM | Show all posts
betul ke pasal gerik ni lubuk santau? bln 3 ni SIL ajak family g royal belum...cam menakutkan je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2019 06:10 PM | Show all posts
lurve82 replied at 21-1-2019 11:54 AM
betul ke pasal gerik ni lubuk santau? bln 3 ni SIL ajak family g royal belum...cam menakutkan je...

takda yg perlu dirisaukan... inshaallah semuanya ok.. kalau nak sebut pasal santau ni, kat mana2 pun ada... sepanjang di gerik... semuanya  ok. takda lagila buruk2 berlaku...

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah sampai Gerik lagi. Jauhnya rasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.077189 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list