Wah! Tiba-tiba pelakon yang masih popular dari era 90an hinggalah sekarang Jasmin Hamid memuat naik status panas mengenai perangai pelakon zaman sekarang. Katanya ada pelakon yang menggunakan telefon bimbit di set penggambaran hingga hilang fokus sekaligus menyebabkan dia kurang selesa berhadapan situasi tersebut.
Menurutnya lagi segelintir pelakon baru tidak berdisiplin ketika bekerja, hinggakan ada yang tergamak bermain telefon waima ketika itu Pengarah sedang memberikan taklimat mengenai lakonan. Hal ini menyebabkan kualiti lakonan dan disiplin seseorang pelakon hancur dek kerana taksub dengan gajet dan media sosial.
Jasmin dan krew yang kini berada di Melbourne, Australia bagi penggambaran drama Isteri Bukan Untuk Disewa meluahkan kekesalannya dengan artis sekarang yang lebih sibuk mengumpul pengikut bukannya mengumpul ilmu.
Kredit foto: IG
"elakon terbaik cari ilmu... Pelakon popular cari followers. Your life, your choice."
Jasmin turut menambah sikap segelintir pelakon baru inilah membuatkan mereka tidak mampu bertahan lama dalam industri lakonan kerana sikap mengutamakan media sosial berbanding mencari ilmu.
Teguran Jasmin ternyata mendapat respon daripada Rita Rudaini yang turut bersetuju dengan sikap segelintir pelakon sekarang yang tiada jiwa, sekadar menghafal semata-mata.
Foto : IG
Foto : IG
Ia turut dipersetujui oleh rata-rata netizen yang menganggap pelakon sekarang terlalu mengutamakan media sosial hingga terlupa membaiki gaya lakonan. Justeru itu, lakonan yang dipamerkan juga tidak dijiwai sepenuhnya atau lebih senang dilabelkan sebagai pelakon kayu.]
Teguran Jasmin sebagai pelakon yang sudah berkecimpung lebih 20 tahun ini sepatutnya dijadikan sandaran kepada pelakon baru untuk membuktikan mereka bukan pelakon 'kayu'. Tapi memang menjadi trend pelakon mengumpul 'follower' supaya nama mereka lebih dikenali. Anda pula bagaimana? - CARI |