View: 1741|Reply: 8
|
[Tempatan]
Lelaki ugut bunuh Salahuddin Ayub ditahan
[Copy link]
|
|
POLIS menahan seorang lelaki selepas dipercayai meletakkan bangkai seekor lembu bersama nota ugutan bunuh terhadap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub di depan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Muar, Ahad lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, lelaki itu direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes terbabit.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.
Kamaluddin berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati apabila permohonannya untuk meminta bantuan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, ditolak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kes itu termasuk identiti dan usia suspek kerana siasatan masih dijalankan.
Sementara itu, pegawai Salahuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berlaku ketika Salahuddin tiada di pejabatnya di Muar.
Salahuddin juga adalah Ahli Parlimen Pulai yang terletak di daerah Johor Bahru dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram di Muar.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Disember 2018 @ 9:11 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kau dah kenapa dek? Ini kes ugut sambil reveal identiti sendiri minta kena tangkap dengan abam pulis ke dekkk? Kinky sangat kau dekkkk.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh sgt macai lelain parti nk bergaduh . Sedangkan politician berbeza parti aman2 jah cium molot diluar lensa camera |
|
|
|
|
|
|
|
Bunuh membunuh memang amalan umno. Tengok kes arwah Datuk Taha kan |
|
|
|
|
|
|
|
xdan wat qurban itu lembu, dah d korbankan sesia d depan pintu.. adoiii |
|
|
|
|
|
|
|
Apa hal nya ni. Takkan lah sampai ugut bunuh bagai. Dah hilang rasional sgt ke rakyat akibat kekencaigan?
Moga pihak berkuasa siasat betul2. Since YB Salehudin pun kata tidak sangka polis ambil serius kes ini. |
|
|
|
|
|
|
|
miemiecha replied at 6-12-2018 03:59 PM
xdan wat qurban itu lembu, dah d korbankan sesia d depan pintu.. adoiii
Lembu seko mhl.rugi je klo dimatikan sesia gitu.Klo jual dpt duit xyh mintak2 loan lg |
|
|
|
|
|
|
|
kan kakak.. klau langgar dek kete pun, blh lapah pastu jual ganti blik baiki kete..
sesia je ltak depan opis
xleh dpt duit
xleh wat mkn..
mati sesia lembu tuh..
tuan nye lembu sama lembu ngan lembu tuh...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|