Pernahkah anda terfikir alangkah mudahnya hidup kalau semua benda boleh dibeli melalui mesin vending sahaja? Jika di Malaysia, mesin vending yang ada hanyalah terhad kepada mesin minuman dan snek majoritinya. Mungkin pada masa hadapan, Malaysia patut meluaskan rangkaian produk atau barangan yang boleh didapati melalui mesin vending ini.
Jom kita lihat bagaimana mesin vending yang ada di negara-negara lain.
1. MESIN PENGELUAR SELUAR DALAM LELAKI CALVIN KLEIN
Rasa-rasanya mesin ini pasti sangat berguna terutama untuk para pelancong yang terlupa membawa seluar dalam sewaktu bercuti! Anda rasa bagaimana?
Kredit foto: interestingengineer.com
2. MESIN PENGELUAR KETAM
Mesin ini mengandungi ketam yang masih hidup! Mereka disimpan di dalam mesin itu pada suhu 5 darjah celsius. Anda boleh dapatkannya pada harga $1.50 hingga $7. Seronok, dah tak perlu ke pasar kalau nak beli ketam.
Kredit foto: theatlantic.com
3. MESIN PENGELUAR SUSU
Anda boleh mendapatkan susu lembu segar melalui mesin ini pada harga cuma $1.30 seliter di France. Bawa botol sendiri dan penuhi botol anda dengan susu segar lazat. Terdapat juga mesin yang mengeluarkan bunyi lembu bersama susu tersebut. Menarik bukan?
Kredit foto: modernfarmer.com
4. MESIN PENGELUAR KUMBANG RHINO
Anda boleh membeli kumbang Rhino yang dijual pada harga serendah 100 yen sahaja. Kumbang ini boleh dijadikan haiwan peliharaan berkos rendah atau dijual semula dengan harga lebih tinggi. Hmm, orang-orang Jepun suka membela kumbang ke? Ada siapa tahu?
Kredit foto: interestingengineer.com
5. MESIN PENGELUAR DAUN SALAD
Mesin ini mampu menghasilkan 60 ketul salad lettuce setiap hari. Target penggunanya lebih kepada kegunaan restoran. Mesin ini anda boleh temui di Jepun!
Kredit foto: interestingengineer.com
6. MESIN PENGELUAR TALI LEHER (NECK-TIE)
Anda boleh mendapatkan tali leher pelbagai corak di sini. Jika malas ke kedai, boleh terus beli di sini. Kalau sesiapa terlupa pakai tali leher untuk ke temuduga atau ke tempat kerja, juga boleh singgah di mesin ini. Ya, mesin ini juga ada di Jepun!
Kredit foto: interestingengineer.com
7. MESIN PENGELUAR TELUR
Anda boleh membeli telur dengan mesin ini. Menariknya kerana boleh memilih sendiri telur segar ini.
Kredit foto: interestingengineer.com
8. MESIN PENGELUAR TISU TANDAS
Peliknya, bukankah tisu tandas boleh didapati di tandas? Ya tetapi di Malaysia rasanya tisu tandas selalunya tidak diisi kembali oleh pihak penyelenggaraan. Lebih selamat jika dibawa siap-siap betul tak?
Kredit foto: interestingengineer.com
9. MESIN PENGELUAR BURGER
Sesuai untuk mereka yang lapar di tengah malam, dan semua kedai sudah pun tutup. Apa lagi, pilih sahaja jenis burger yang ada dari mesin ini! Saiznya pun nampak besar, pasti puas hati.
Kredit foto: interestingengineer.com
10. MESIN PENGELUAR PISANG
Dengan mesin ini,anda boleh membeli sama ada sebiji sahaja atau sesikat pisang. Mesin ini boleh didapati di stesen kereta api di Tokyo. Sesiapa yang lapar boleh makan pisang sambil menunggu kereta api.
Kredit foto: interestingengineer.com
11. MESIN PENGELUAR LEGO
Kanak-kanak pasti sukakan mesin ini! Mesin lego ini ada di Jerman. Anda tak perlu lagi ke kedai mainan semata-mata ingin dapatkan permainan lego.
Kredit foto: interestingengineer.com
12. MESIN PENGELUAR PAYUNG
Kalau hujan secara tiba-tiba dan anda pula tak bawa payung, inilah penyelamatnya! Mesin ini ada di Hong Kong. Siap boleh pilih mahu payung warna apa.
Kredit foto: interestingengineer.com
13. MESIN PENGELUAR HADIAH CENDERAMATA
Bunyi macam mesin ajaib doraemon kan? Jika anda tidak sempat membeli cenderamata untuk dibawa pulang ke tanah air, mesin ini akan membantu anda membeli pelbagai jenis hadiah. Pilih sahaja apa yang anda mahu. Ada kamera, alat mekap, cermin mata hitam, dan banyak lagi! Mesin ini ada di lapangan terbang di New York.
Kredit foto: interestingengineer.com
14. MESIN PENGELUAR EMAS
Haa mesin ini pasti mesin kegemaran semua kan? Anda boleh membeli emas dalam bentuk bar atau syiling dengan mesin ini. Harga emas semasa dikemaskini setiap 10 saat. Menakjubkan bukan? Cuba teka di mana mesin emas ini?
Mesin ini ada di Abu Dubai Hotel! Kaya sungguh sampai mesin vending pun menjual emas.
Kredit foto: oddviser.com
Menarik betul himpunan vending machine pelbagai negara ni. Bila Malaysia nak ada mesin-mesin begini? -CARI |