Gara-gara video bibik yang kononnya memukul kepala anak angkat Dato Aliff Syukri iaitu Qayyum atau nama panggilannya Yom, ibu kandung kanak-kanak tersebut menghubungi keluarga Dato Aliff.
Sumber foto: IG Dato Aliff Syukri
Menurutnya, dia mahu mengambil semula anak itu jika keluarga Aliff izinkan kerana kini kewangannya sudah stabil. Hal ini menyebabkan Aliff Syukri serta isterinya Datin Shahida kesal dengan permintaan ibu kandung Yom.
Oleh itu, Aliffmemuat naik status berserta video di Instagramnya berkenaan hal itu.
Beliau merungut bahawa ibu kandung Yom hanya mahu senang sahaja. Yang susah-payah menjaga anaknya menangis tak henti-henti semasa bayi itu keluarga Dato Aliff sendiri, dan bukan si ibu kandung.
Lantaran itu, majoriti netizen menghalang beliau dari menyerahkan semula anak angkatnya kepada ibu kandungnya.
Netizen berpendapat sekiranya perkara ini sudah mempunyai hitam putih, dari segi undang-undang ibu kandungnya tidak berhak lagi meminta semula anaknya.
Semua komen tidak memihak kepada ibu kandung Yom kerana mereka juga pasti sakit hati jika berada di tempat Dato Aliff.
Hal sebegini memang boleh terjadi pada siapa-siapa sahaja. Sebab itulah perlunya ada dokumen hitam putih supaya kelak apabila keluarga kandung menuntut kembali anak mereka, undang-undang memihak kepada kita.
Semoga kemelut yang melanda keluarga Dato Aliff cepat-cepat reda. Tak perlu dilayan permintaan si ibu jika tidak perlu. - CARI
|