Hidup penyanyi Taylor Swift, 28, tidak pernah sunyi daripada cabaran peminat fanatik.
Selepas episod seorang lelaki bernama Frank Andrew Hoover, 40, dihukum 10 tahun tempoh percubaan untuk menjauhi Taylor pada Januari lalu kerana mengirim beratus email ugutan untuk merogol dan membunuhnya, kini Taylor berdepan kes seorang penceroboh yang memecah masuk ke kediamannya di New York.
Kredit foto: Pegitboard News
Penceroboh tersebut, Roger Alvarado, 22, didakwa memecah masuk ke kediaman Taylor dengan niat untuk melakukan jenayah telah dibicarakan di Mahkamah Daerah Manhattan beberapa minggu lalu.
Tertuduh mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman enam bulan penjara dan lima tahun tempoh percubaan. Alvarado juga diminta menjalani pemeriksaan mental.
Kredit foto: DailyMail
Mengikut pertuduhan, Alvarado memecah masuk ke dalam rumah penyanyi itu di SoHo ketika ketiadaanya. Dia dilihat memanjat sebuah tangga sebelum memecahkan tingkap untuk menyusup masuk. Selepas menggeledah barang berharga, Alvarado sempat mandi dan tidur di atas katil penyanyi berkenaan.
Kredit foto: DailyMail
Seorang jiran Taylor yang menyedari kejadian terus melaporkannya kepada polis sebelum anggota menangkap Alvarado di tempat kejadian.
Siasatan mendapati Alvarado pernah cuba memecah masuk sebelumnya, tetapi gagal memecahkan pintu depan dengan penyodok tanah.
Kredit foto: The Sun
Memetik sumber TMZ, Taylor jarang menginap di rumah ini sejak membelinya pada 2017 dengan harga ASD18 juta (RM75 juta) kerana mempunyai beberapa kediaman mewah lain New York.
Kredit foto: 6sqft
Nampaknya, Taylor perlu meningkatkan tahap keselamatan di semua kediamannya. Inilah harga yang perlu dibayar untuk hidup sebagai seorang selebriti ternama terutama di pentas global. - CARI |