Ada sahaja yang mencuit hati netizen dengan gambar-gambar artis di laman media sosial. Baru sahaja reda mengenai Sherry Ibrahim menafikan melakukan pembedahan plastik, kini Elizad Sharifuddin pula tampak sangat berbeza wajahnya.
Elizad memuat naik dua keping gambar yang menunjukkan pose dan solekan yang berlainan dengan kapsyen "Nak merah Mak Ngah ke natural?".
Hal ini menyebabkan segelintir netizen berasa sangsi lalu membandingkan dengan wajah asalnya. Ada juga yang menyatakan bibir Elizad seperti disuntik pada gambar di sebelah kanan, manakala gambar sebelah kiri pula nampak struktur wajahnya yang agak tirus. Betul ke?
Foto : IG
Namun dengan tanda pagar #samarinda serta stesen televisyen TV3 dan seperti tajuk drama ia sudah menjelaskan yang kemungkinan karektor tersebut adalah drama lakonan terbaru Elizad yang memerlukan kelainan pada penampilannya.
Ig
Tetapi, sebenarnya lebih ramai yang memuji kecantikan Elizad ini.
Malahan ada yang memberikan cadangan supaya kekal dalam warna merah menyala yang membuatkan penampilan pelakon ini kelihatan menyerlah berbanding warna alami.
Jom kita lihat dengan lebih dekat perbezaan yang dikatakan tersebut.
IG
IG
Namun, pada gambar-gambar yang lain, Elizad tampil bersahaja dan menyamai wajah asalnya.
IG
Ternyata ia adalah kuasa solekan dan juga kombinasi gaya beraksi di hadapan kamera membuatkan penampilan Elizad tampak berbeza. Jadi, usahlah membuat tuduhan rambang hingga menyusahkan diri sendiri. - CARI
|