CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3114|Reply: 0

Perginya Muhammad Adib - Satu Episod Kedukaan Dalam Sejarah Malaysia

[Copy link]
Post time 18-12-2018 04:34 PM | Show all posts |Read mode







Malam tadi, pada jam 9:41 malam, kita mendapat berita bahawa ahli bomba, Muhammad Adib yang cedera parah akibat dipukul dalam kes kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 pada awal pagi 27 November yang lalu telah kembali ke rahmatullah di Institut Jantung Negara.

Umum mengetahui bahawa keadaan beliau amat tenat bermula semalam setelah sebelum ini diberitakan semakin pulih dari kecederaan yang begitu parah dipercayai akibat dipukul dan juga dipijak sewaktu sepasukan bomba cuba memadamkan kebakaran yang terjadi akibat kekecohan yang dicetuskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab akibat perebutan hak tapak tanah kuil berkenaan.


Pemergian Adib bukanlah satu kematian biasa, tetapi adalah satu sejarah buruk dalam peradaban negara setelah enam puluh satu tahun merdeka. Suatu nyawa yang terkorban kerana sikap sesetengah pihak yang meletakkan hukum di tangan sendiri dan dikawal oleh nafsu marah yang digemburkan oleh sebahagian mereka yang mempunyai kepentingan tertentu. Ianya diburukkan lagi apabila isu perkauman juga dipalitkan dalam kes ini. Banyak perkara yang sebenarnya tidak betul, tetapi telah ditularkan sehinggakan kebenaran itu sendiri telah menjadi sangat kabur.


Seharusnya, pihak kerajaan perlu bertegas dalam hal ini. Pihak yang bersalah dalam kes ini perlu diheret ke muka pengadilan, bukan sahaja pelaku yang merusuh pada kejadian tersebut, tetapi pihak-pihak di belakangnya yang mencatur semuanya kerana ada kepentingan sendiri. Mereka sebenarnya adalah dalang yang perlu dipertanggungjawabkan dalam hal ini.


Kerajaan juga perlu menilai semula banyak perkara yang membawa kepada kejadian sebegini, terutamanya pendudukan tanah untuk dijadikan tempat ibadat, perlaksanaan perintah mahkamah untuk pemilikan tanah dan beberapa lagi perkara yang menjurus kepada terjadinya rusuhan sebegini.


Di laman sosial juga, ramai yang memberikan komen. Ada yang dengan emosi mengusulkan agar tindakan segera diambil untuk mendakwa pihak yang terlibat termasuk untuk menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat kes ini.











Sebilangan netizen juga mendesak agar Menteri Perpaduan Negara iaitu S Waythamootthy untuk meletakkan jawatan kerana dikatakan gagal untuk bertindak sewajarnya bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.








Namun ada sebahagian yang lebih rasional yang menjelaskan bahawa ini adalah isu terpencil dan bukannya melibatkan kaum.







Seharusnya ia perlu ditangani dengan baik demi melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu dan harmoni. - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.398202 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list