CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1257|Reply: 3

Super Sub Solskjaer Kembali Ke MU Sebagai Pengurus Sementara

[Copy link]
Post time 20-12-2018 05:49 PM | Show all posts |Read mode

Ole Gunnar Solskjaer. Kredit foto: FB rasmi Manchester United






Bekas penyerang berbisa Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer dilantik sebagai pengurus sementara kelab bola sepak tersebut bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Jose Mourinho.

Menurut kenyataan yang disiarkan dalam laman sesawang rasmi Manchester United (www.manutd.com) pada 19 Disember, Solskjaer diberi kepercayaan untuk menggalas tugas itu sehingga musim Liga Perdana Inggeris 2018/19 berakhir.

Bekas pemain kebangsaan Norway itu menjaringkan sebanyak 126 gol dalam 366 penampilannya bersama Manchester United sepanjang 1996 hingga 2007.

Pada 2008, Solskjaer yang terkenal dengan aksinya sebagai pemain simpanan berbisa atau super sub dilantik sebagai pengurus pasukan simpanan Manchester United sebelum menjadi pengurus di FC Molde di Norway.

Kredit foto: FB Rasmi Manchester United



Manchester United memberitahu, Solskjaer akan menguruskan kelab tersebut sementara proses pemilihan pengurus yang baharu dijalankan.

Beliau akan dibantu oleh Mike Phelan sebagai jurulatih serta Michael Carrick dan Kieran McKenna.

Sementara itu, Solskjaer berkata, Manchester United sentiasa di hatinya dan beliau sangat gembira untuk kembali sebagai pengurus kelab berkenaan.

"Saya teruja untuk bekerja dengan skuad yang sangat berbakat, barisan pegawai dan semua pihak di kelab ini," katanya.

Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward pula yakin gandingan Solskjaer dan Phelan berupaya menyatukan para pemain serta penyokong dalam cabaran separuh kedua musim ini.

"Ole merupakan seorang legenda di kelab ini dan beliau sangat berpengalaman sama ada di tengah padang atau sebagai jurulatih," katanya.


Jose Mourinho. Kredit foto: FB rasmi Manchester United





Sudah tentu semua penyokong Manchester United di seluruh dunia mengharapkan sentuhan super sub berbisa Solskjaer untuk membawa kelab kesayangan mereka kembali ke puncak kegemilangan. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2018 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Welcome back boss
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 11:59 PM | Show all posts
lejen
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Fengshui bertukar setiap 20 tahun, dah lama lari. Man U perlu cari bantuan Master Paw atau Joey Yap dari Msia utk perbetulkan kesueylan kelab itu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.275972 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list