Tidak dapat dinafikan kerjaya artis tempatan sangat memerlukan khidmat publisiti daripada majalah kerana tanpa publisiti mereka tidak akan mendapat perhatian daripada peminat dan penerbit filem mahupun penganjur pertunjukan pentas.
Sebab itulah banyak artis sanggup memenuhi kehendak wartawan majalah untuk menyajikan gambar-gambar atau pose yang sensasi di tepi kolam mahupun di atas katil.
Kredit foto: Twitter
Antara pelopor media hiburan bercetak tempatan ialah URTV, Media Hiburan, Eh!, Hai dan Mangga.
Namun kini dengan dunia media internet, kehadiran media hiburan bercetak semakin sunyi kerana artis sudah boleh mempromosikan diri dan karya mereka secara terus di media sosial tanpa melalui khidmat wartawan lagi.
Oleh yang demikian, banyak di antara media hiburan itu kini telah beralih ke medium internet pula.
Kredit foto: Carian Google
Menyedari persaingan yang sengit untuk menarik pembaca alam maya, maka wujudlah artikel-artikel yang separuh masak dengan artikel yang panas dan menggelikan hari.
Sebagai contohnya majalah Mangga yang kini online telah menerbitkan banyak artikel dengan headline yang ‘hebat’.
Kredit foto: Carian Google
Sempena tahun baru 2019, kita imbas 10 headline artikel artis tempatan majalah Mangga (Online) pada tahun 2018 yang 'tak menahan'.
Nampaknya walaupun ada ura-ura pengharaman majalah Mangga tidak lama dahulu tetapi mereka masih mengganas di alam maya.
Bagaimana dengan anda? Apa pose artis dan headline artikel yang paling tak menahan anda pernah baca? -CARI |