Lindsay Lohan yang bakal membuat comeback tahun ini menerusi siri MTV, Lohan Beach Club kini terdesak untuk mencari publisiti bagi mengumumkan kemunculannya semula.
Siri TV itu bakal memulakan siaran pada Januari ini dan Lindsay telah memuat naik sekeping gambar bogel di Instagramnya untuk tatapan peminat.
Kredit foto: Variety
Bagaimanapun tindakan bintang Mean Girl itu sebaliknya mengundang kecaman daripada 7.1 juta pengikutnya apabila mereka beramai-ramai mengecam gambar Lindsay tanpa seurat benang tersebut.
Gambar itu menampilkan dia merangkak di atas sofa dalam keadaan tanpa seurat benang.
Kredit foto: Instagram
Menurut sesetengah peminatnya, tindakan Lindsay yang baru berjinak-jinak dengan agama Islam sejak 2016 itu telah mencemarkan agama tersebut. Tahun lalu, Lindsay dilihat berjalan-jalan sekitar New York sambil memegang sebuah Quran. Beliau juga menghadiri pertunjukan fesyen dengan memakai hijab.
Kredit foto: Instagram
Walaupun tidak pernah mengumumkan memeluk Islam, Lindsay sering memulakan kapsyen di Instagramnya dengan lafaz 'Salam Aleikum' dan biografi Instagramnya ditulis dengan kalimat 'Peace be unto you', kata sapaan Muslim dalam bahasa Arab.
Seorang pengikut Instagram menegurnya dan berkata 'Kalau kamu Muslim, tak boleh bergambar bogel'. Manakala seorang lagi menambah 'Kamu kata dah baca Quran, tetapi Quran tidak menganjurkan cara ini'.
Kredit foto: Carian Google
Bagaimanapun tidak kurang juga yang mempertahankan Lindsay dan berkata mereka tidak sabar untuk menantikan kemunculan semula Lindsay di kaca TV mahupun layar filem. 'Good luck Lindsay, kami menyokong kamu' kata mereka.
Persoalannya, mampukah Lindsay membuat kemunculan semula dengan hanya berbekalkan gambar bogel? -CARI |