Kemudahan pengangkutan Uber tidak dapat dinafikan lagi bahawa ia benar-benar memudahkan ramai orang.
Selain harganya yang murah, rangkaian Uber juga lebih meluas dibandingkan dengan pengangkutan teksi yang bukan sahaja mahal, tetapi kawasannya juga terhad.
Kredit foto: Google
Tetapi, penumpang Uber terdedah kepada risiko keselamatan kerana sesiapa sahaja boleh menjadi pemandu Uber.
Seorang pemandu Uber dari Michigan, Amerika Syarikat telah mengaku membunuh enam pelanggan Uber yang melanggan perkhidmatannya.
Jason Dalton
Sumber foto: Google
Jason Dalton berkata, dia 'terdengar suara jahat' di dalam aplikasi Uber tersebut yang menyuruhnya membunuh pelanggan-pelanggannya pada malam itu.
Ketika memberi keterangan kepada hakim, Jason memberitahu dia memang sudah lama teringin melakukan perbuatan itu.
Keluarga mangsa
Sumber foto: Nz Herald
Jason mengaku atas tuduhan menembak lapan pelanggannya di lokasi berbeza di kawasan Kalamazoo. Empat wanita, seorang lelaki dan remaja lelaki berusia 17 tahun telah terbunuh, manakala dua lagi mangsa terselamat.
Mangsa yang maut ditembak Jason
Kredit foto: Nz Herald
Seorang dari mangsa yang terselamat itu baru berusia 15 tahun. Dia mengalami retak di tempurung kepala selepas ditembak. Susulan itu, remaja berkenaan menjalani pembedahan untuk memasukkan kepingan plastik.
Difahamkan, Jason dikenakan hukuman mandatori penjara seumur hidup tanpa parol.
Kredit foto: Google
Risiko ada di mana-mana. Semoga semua lebih berhati-hati di luar sana selepas ini! - CARI |